• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kelajuan Maksimum Model Renault Akan Datang Dihadkan 180kmj Sahaja

Kelajuan Maksimum Model Renault Akan Datang Dihadkan 180kmj Sahaja

April 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RENAULT memutuskan akan mengehadkan kelajuan maksimum untuk semua model baharu jenama itu kepada 180kmj sahaja. Langkah tersebut turut melibatkan jenama Dacia dengan satu misi utama, iaitu menyelamatkan nyawa manusia.

Kawalan kelajuan itu dibuat menerusi sistem elektronik automatik dipanggil 'Safety Coach' yang akan mengubah halaju kenderaan mengikut undang-undang tempatan, jenis jalan dan kondisi cuaca.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Goupe Renault, Luca de Meo berkata, sekatan halaju bukan penyelesian, tetapi berbaloi kerana boleh menyelamatkan satu nyawa.

Menurutnya, satu pertiga kematian membabitkan kemalangan jalan raya adalah disebabkan memandu melebihi halaju. Bagaimanapun, masa pelaksanaan sistem itu masih belum diumumkan.

Terdahulu, Volvo sudah memutuskan menetapkan kelajuan maksimum 180kmj bagi model-model baharu bermula 2020 yang juga dengan misi sama iaitu mengurangkan kadar kematian.

Keputusan Volvo itu mengundang banyak kritikan, tetapi pengeluar Skandinavia itu menegaskan tidak kisah kehilangan pelanggan berpotensi jika keputusan itu mampu menyelamatkan nyawa.

Antara perkara yang dapat difikirkan, setiap lebuh raya sudah ada tetapan halaju, termasuk di kebanyakan kawasan Eropah yang menetapkan 130kmj sebagai angka maksimum, tetapi Malaysia masih 110kmj.

BACA >>> Semua Kereta Volvo Cuma Boleh Pecut Maksimum 180kmj Sahaja!
BACA >>> 7 Larangan Cilok di Australia yang Sesuai untuk Penunggang Malaysia

SUMBER: Carscoops | Spiegel

 

Related

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Halaju Maksimum Renault, Kelajuan Maksimum 180kmj, Renault, Volvo Cars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev