• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Daimler, Volvo Jalin Kerjasama Hasilkan Trak Kuasa Hidrogen

Daimler, Volvo Jalin Kerjasama Hasilkan Trak Kuasa Hidrogen

April 30, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

279
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR trak Daimler dan Volvo mengumumkan kerjasama menghasilkan sel bahan api hidrogen di Eropah pada 2025. Dua syarikat ini juga meminta Kesatuan Eropah (EU) merangka polisi dalam usaha membantu menjadikan teknologi sifar-emisi lebih berdaya maju secara komersial.

Pengeluar trak dari Jerman dan Sweden itu memulakan kerjasama sejak Mac lalu dengan menubuhkan Cellcentric yang akan memberikan lebih perincian mengenai pengeluaran bahan api berskala besar, tahun depan. Namun, Cellcentric sudah pun membina output prototaip. 

Ketua Eksekutif Volvo, Martin Lundstedt (foto atas) berkata, kerjasama seperti Cellcentric penting untuk komitmen mengurangkan pengeluaran karbon kenderaan  jalanan.

Selain usahasama dilakukan, dua syarikat itu juga kekal bersaing. Kedua-dua pihak berharap dapat menguji trak sel bahan api dalam masa tiga tahun akan datang sebelum mula menghasilkan produk massa secara besar-besaran pada penggal kedua dekad ini. 

EU sudahpun memperkenalkan standard emisi lebih ketat yang secara langsung merangsang pengeluaran kereta elektrik sifar-emisi. Bagaimanapun, bateri untuk kenderaan elektrik sangat berat yang memungkinkan sel bahan api dilihat sebagai sistem kuasa sifar emisi lebih baik untuk jangka masa lebih panjang.

Sebagai makluman, sel bahan api yang menghasilkan elektrik daripada hidrogen hanya mengeluarkan air sebagai sisa buangan.

BACA >>> Toyota Bangunkan Enjin Hidrogen Guna Sistem Injektor Seperti Kereta Petrol
BACA >>> Hyundai, Pelajar Universiti Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Lumba Hidrogen 805hp

SUMBER: Autoblog.com

Related

279
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daimler, Fuel Cell, Hidrogen, Martin Lundstedt, Sel Bahan Api Hidrogen, teknologi, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev