• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Hilux Rempuh Myvi Hadap Tuduhan Bunuh

Pemandu Hilux Rempuh Myvi Hadap Tuduhan Bunuh

April 27, 2021 By Han Othman Leave a Comment

912
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGUSAHA pasar mini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar, Johor hari ini (Selasa) atas tuduhan membunuh seorang wanita dalam insiden kemalangan di Bandar Muar, dua hari lalu.

Tertuduh, Gui Chui, 69, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar dan tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Gui yang menetap di Taman Parit Bakar didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Norain Abu Samah, 41, di lampu isyarat Bypass Temenggong Ahmad Jalan Pintasan Bandar Muar pada jam 7.45 pagi, 25 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putera Amirool Faez Suhasi, manakala tertuduh diwakili peguam, RK Balakrishnan.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 25 Mei ini untuk serahan laporan bedah siasat mangsa, laporan kimia dan laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Pada Ahad lalu, tular video berdurasi 23 saat mengenai seorang wanita maut manakala anak perempuannya parah selepas Perodua Myvi dinaiki mereka dirempuh sebuah trak pikap Toyota Hilux yang melanggarkan lampu isyarat di persimpangan Jalan Temenggong Ahmad dekat Parit Keroma, Muar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar Belakang di Lorong Kecemasan, Adakah Boleh Tuntut Ganti Rugi, Saman?
BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/04/video-hilux-vs-myvi.mp4

SUMBER: Sinar Harian

Related

912
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Toyota Hilux Langgar Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my