• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Kena Balun Beramai-Ramai Sebab Ekzos Bising!

Remaja Kena Balun Beramai-Ramai Sebab Ekzos Bising!

April 22, 2021 By Aryon Leave a Comment

431
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG remaja teruk dibelasah sekumpulan lelaki kerana ekzos motosikalnya terlalu bising dalam insiden di Menara Maju Klang dekat Klang, Selasa lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam membabitkan seorang remaja berusia 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dan ditahan seorang lelaki di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa kemudian ditampar dan dipukul sebelum muncul beberapa rakan lelaki suspek turut datang memukul remaja tersebut menggunakan kayu dan helmet.

"Mangsa itu menghubungi bapanya untuk meminta bantuan, tetapi apabila tiba di tempat kejadian, bapanya juga dipukul kumpulan lelaki berkenaan," katanya dipetik Sinar Harian.

Susulan insiden itu, remaja tersebut mengalami cedera badan dan kepala, manakala bapanya luka di tangan.

BAgaimanapun, polis tidak mengambil masa lama untuk menahan enam lelaki berusia 17 hingga 45 tahun yang terlibat dalam kes tersebut kira-kira jam 11 malam keesokan hari dalam operasi serbuan sekitar Klang.

Daripada soal siasat dijalankan, punca kejadian adalah disebabkan tindakan remaja tersebut membunyikan ekzos motosikal dengan kuat. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

* Gambar sekadar hiasan

BACA >>> Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?

SUMBER: SinarHarian

Related

431
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, ekzos bising, Kena Belasah Sebab Ekzos Bising, Remaja Kena Belasah, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev