• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ringkasan Kapal Selam Tentera Laut Indonesia yang Hilang Bersama 53 Krew

Ringkasan Kapal Selam Tentera Laut Indonesia yang Hilang Bersama 53 Krew

April 22, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NEGARA serantau Asia Tenggara dikejutkan dengan insiden kehilangan sebuah kapal selam milik TNI Angkatan Laut Indonesia yang membawa bersama 53 krew sejak semalam (22 April) selepas menyelam di perairan sekitar 95km dari utara Bali sekitar jam tiga pagi waktu tempatan. 

Kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman pada 1979 itu digunakan untuk latihan menembak yang sepatutnya berlangsung hari ini, tetapi terputus hubungan apabila mula menyelam, menurut Panglima TNI, Marsekal Hadi Tjahjanto.

Berikut fakta dan ringkasan perkembangan insiden kapal selam KRI Nanggala-402 tenggelam setakat ini:

  • Indonesia meminta bantuan Singapura dan Australia kerana mempunyai kapal penyelamat kapal selam (SRV).
  • Paling terbaharu, India menghantar kapal penyelamat tenggelam dalam (DSRV) untuk membantu misi mencari dan menyelamat.
DSRV dari India.
SRV dari Singapura.
  • TNI akan menggunakan semua aset dengan kebolehan menyelam untuk membantu misi pencarian seperti dua kapal selam dan sebuah kapal penyelidik serba guna (MPRV) KRI Spica (934). Malaysia turut menghulurkan bantuan.
  • Kapal selam itu dianggarkan berada pada kedalaman 700meter.
  • Ada kemungkinan kapal selam tersebut mengalami blackout yang menghalang krew kapal meminta bantuan ke darat.
  • Berdasarkan status dimuat naik akaun Twitter mengenai keselamatan dan pertahanan Indonesia, JATOSINT, kapal selam itu berada dalam status sedia-tempur, dan jika blackout benar-benar terjadi, maka bekalan oksigen hanya mampu bertahan selama 72 jam.

BACA >>> Tentera Darat Terima Aset Baharu, Motocross WMoto SXR 300cc
BACA >>> BHPetrol Lancar Kempen Tabung Pahlawan untuk Bantuan Bekas Tentera

⚠️⚠️
Indonesian Navy #TNIAL Type-209 Submarine KRI Nanggala (402) is reported missing in waters north of Bali after it missed a radio check-in

The sub supposed to conduct a live-fire torpedo exercise this week around the waters https://t.co/eqOaT40xpphttps://t.co/QtLMHgmSpB pic.twitter.com/CENd20WCbq

— JATOSINT (@Jatosint) April 21, 2021

SUMBER: Kompas.com

Related

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: angkatan laut indonesia, bali, kapal selam, Kapal Selam Indonesia Tenggelam, kri nanggala-402, Marsekal Hadi Tjahjanto, sar mission, tni, TNI Angkatan Laut Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev