• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?

#Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?

April 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA cerita sebenar supermoped Modenas? Sekejap tenggelam, kemudian timbul. Malah, kelibat kapcai power itu pernah dikesan di Changlun, Kedah, awal tahun ini dan kemudian terus diam.

Terbaharu, pembaca ArenaPermotoran, Mohd Shafuan Mohd Sofar mengirimkan tiga gambar sebuah kapcai misteri sedang diuji di Lenbuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Alor Setar ke Sungai Petani.

Berdasarkan foto intip itu, memang sah itu supermoped Modenas jika melihat pada rekabentuk depan, lampu dan fairing sisi. Paling ketara sudah tentu kelibat frem trellis kemerahan (lihat gambar atas) yang menjadi identiti unik model berkenaan.

moped 175cc Modenas

Malah rim sport lima jejari juga sama seperti gambar tular pada 2017 dulu (foto atas). Jangan tidak tahu, supermoped Modenas memiliki sejarah yang cukup panjang hingga netizen legenda Ahmad Ahmad tetiba hilang!

BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

AL-KISAH SUPERMOPED MODENAS

Mari kita cerita sikit pasal supermoped Modenas ini.

Orang atasan DRB-Hicom pernah mengesahkan supermoped Modenas tidak akan dijual kerana pembikinan enjin baharu menelan kos pelaburan tinggi. Khabarnya, proses pembuatan enjin dibikin pasukan jurutera Modenas yang menghabiskan masa tiga tahun di Universiti Graz, Austria.

Namun, ini berbeza dengan maklumat kami peroleh. Apa diberitahu kepada kami, fizikal enjin itu lebih besar berbanding enjin Modenas Jaguh (175cc), dan bukan dihasilkan 'pihak tertentu' seperti diuar-uarkan.

SIAPA ROTAX?

Anda pernah dengar nama syarikat pengeluar enjin Rotax dari Austria? Sumber dalaman mendakwa enjin itu adalah binaan pihak Rotax melalui 'pihak tengah'. Katanya, pihak yang sepatutnya membina enjin itu bukan pembuat enjin sebenar, tetapi institusi pendidikan (universiti). Bukankah lebih mudah jika deal terus dengan pengeluar enjin tersebut?

Inilah yang mengejutkan kerana enjin supermoped Modenas itu sebenarnya dibina daripada sifar tanpa ada sebarang platform asas atau meminjam rekabentuk mana-mana enjin lain dalam pasaran. Ini bermakna setiap komponen kecil dihasilkan sendiri, dan belum dikira lagi kerja-kerja semakan semula untuk penambahbaikan.

Strategi ‘luar biasa’ dan wang dilaburkan bukan sedikit. Persoalannya, kenapa Modenas tidak beli saja enjin daripada pengeluar lain dan diubah suai untuk keperluan pasaran Malaysia?

Moped Modenas
Harga Moped Modenas
Moped Modenas

Jika benar Modenas sudah buat keputusan untuk menyertai liga supermoped tempatan, memang banyak modal diperlukan untuk memperbaharui prototaip kapcai tersebut supaya relevan dengan trend pembeli sekarang.

Ingat, kapcai itu mungkin sudah lapuk dan ketinggalan dalam banyak aspek membabitkan teknologi dan ciri moden yang disukai pembeli. Isu lain pula ialah harga. Sebagai jenama tempatan yang terkenal dengan motosikal rakyat, sudah pasti sukar menetapkan harga tinggi seperti pengeluar ternama lain.

Sekadar perkongsian, liga supermoped Malaysia hari ini memang cukup sengit dengan kehadiran banyak model saling bersaing seperti Yamaha Y16ZR, Honda RS150R, Benelli R18i serta SYM VF3i Pro.

Atau mungkinkah supermoped Modenas itu akan ditukar menjadi model Kriss dengan trenkuasa berbeza? Kebetulan pula tahun ini ialah ulang tahun Kriss yang ke-25. 🤔

BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!
BACA >>> Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foto Intip, Kapcai, Modenas, Modenas 175cc, roda2, Spyshot, Supermoped, Supermoped Modenas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev