• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GPX Malaysia Lancar Demon GR200R Sabtu Ini, 8.30 Malam!

GPX Malaysia Lancar Demon GR200R Sabtu Ini, 8.30 Malam!

April 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GPX Malaysia dijadualkan melancarkan sportbike baharu, Demon GR200R secara digital menerusi platform Facebook Live, Sabtu ini (24 April), jam 8.30 malam. Malah, laman Facebook wakil pengedar itu sudah menyiarkan beberapa foto acah sejak 17 April lalu.

Motosikal buatan Thailand itu dijangka memberikan saingan sengit dalam segmen 200cc dan antara pesaing terdekat sudah semestinya, Modenas Pulsar RS200.

BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R-Da Corsa, Harga RM10.9k!

Berikut beberapa spesifikasi ringkas Demon GR200R:

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 198cc dengan teknologi suntikan bahan api GPX-Fi berkuasa 19hp dan tork 17.2Nm @ 6,500rpm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Versi Thailand ada dua varian: GR200R (standard) dan GR200R Da Corsa. Kedua-dua varian dilengkapi set lampu LED penuh untuk lampu depan dan lampu belakang.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (depan) dan monoshock YSS jenis prabeban boleh laras 7-tetapan (belakang).
  • Panel meter digital LED penuh yang memaparkan maklumat seperti spidometer, takometer, odometer, bar petrol, tolok suhu enjin, indikator gear, jam dan trip meter.

Setakat ini, belum ada maklumat sama ada pelanggan di Malaysia akan menerima kedua-dua varian tersebut atau cuma satu. GPX Malaysia pernah membawa masuk model Demon 150GR pada 2019 yang dijual pada harga RM9,800. Berapa agaknya harga untuk model 200cc ini?

BACA >>> Thailand Lancar GPX Legend 150 Fi (2021), Harga RM7.7k
BACA >>> GPX Racing Popz 110 (2020) Kini di Malaysia, Harga RM5.2k Sahaja!

SUMBER: GPX Malaysia

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Demon GR200R, GPX Malaysia, GR200R Da Corsa, modenas pulsar RS200, Roda 2, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my