• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenapa Banyak Negara Larang Keras Memandu Mabuk?

Kenapa Banyak Negara Larang Keras Memandu Mabuk?

September 21, 2021 By Talib Leave a Comment

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERDASARKAN statistik sesetengah negara, memandu ketika mabuk bukan saja dianggap berbahaya, tetapi juga salah di sisi undang-undang.

Tahap kemabukan diukur mengikut kepekatan kandungan alkohol dalam badan pemandu yang disyaki minum arak. Polis akan melakukan pemeriksaan rawak sebelum mensabitkan pemandu bersalah akibat memandu mabuk. Walaupun, tidak terlibat  kemalangan, mereka masih boleh disabitkan kesalahan kerana memandu ketika mabuk.

ujian-arak-2
ujian-arak

Undang-undang memandu mabuk sangat ketat di luar negara yang boleh menyebabkan pemandu digantung lesen memandu untuk jangka masa lama jika bersalah. Sekiranya berlaku kemalangan maut, hukuman lebih berat akan dikenakan ke atas pemandu mabuk.

Kenapa undang-undang atas kesalahan memandu mabuk sangat berat mengikut undang-undang jalan raya?

Kesan Alkohol Terhadap Pemandu

Apabila mengambil arak, kandungan alkohol dalam minuman keras itu boleh menjejaskan respons dan mengurangkan kemampuan membuat keputusan. Alkohol juga membuatkan kemahiran memandu merosot.

Walaupun pemandu mungkin mendakwa mereka lebih bersemangat selepas minum arak ('mungkin' saja, entah betul, entah tidak). Faktanya, apabila mula memandu, anda sebenarnya sedang dalam situasi membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Nyawa sendiri dan orang lain menjadi taruhan. Anda mungkin terselamat jika berlaku kemalangan, tetapi nyawa orang lain pula terancam.

Ada kajian dilakukan pasukan penyelidik di University of Texas at San Antonio, Amerika Syarikat (AS) terhadap respon seseorang pemandu yang berkurangan antara 15% dan 25%.

Jika sekadar meneruskan tingkah laku harian mungkin tiada masalah. Namun, apabila memandu di jalan raya dan pada halaju tinggi, kemerosotan tingkah laku pemandu mabuk memberikan perbezaan ketara. Kandungan alkohol bukan saja memberikan kesan kepada sistem respon, tetapi juga menghasilkan kesan malap ke atas penglihatan ketika memandu.

Kajian terbaharu menyatakan, ketajaman penglihatan pemandu mabuk berkurangan satu pertiga berbanding penglihatan normal.

Contoh Situasi

pandangan-mabuk
pandangan-mabuk-2

Beginilah pandangan orang yang mabuk arak.

Bayangkan situasi di satu kawasan jalan raya yang terdapat lintasan pejalan kaki. Di luar negara, had laju di kawasan itu ialah 40kmj sahaja supaya kereta sempat berhenti jika ada orang melintas.

Jika ada orang melintas, pemandu normal akan segera menekan brek. Sebaliknya, pemandu mabuk akan mengambil masa untuk melihat kelibat orang melintas dan sudah tentu memerlukan lebih masa untuk membrek.

Pada titik halaju itu, kereta memerlukan jarak sekurang-kurangnya 9 meter atas permukaan jalan kering dan 13 meter atas jalan basah untuk berhenti. Jika berdasarkan jarak diperlukan itu, memang tidak cukup kalau bergantung kepada faktor jarak respons pemandu.

Jarak respons pemandu pula adalah jarak ruang antara pemandu perasan tentang bahaya dan bertindak balas terhadap situasi. Semua pemandu tahu, kita perlu sentiasa berwaspada dan peka dalam keadaan selamat. Ini bagi mengurangkan risiko kemalangan kecil dan bersentuhan kenderaan lain. Kemalangan kecil mungkin tidak berbahaya, tetapi pemandu sedar ia melibatkan kos dan mungkin lebih teruk digantung lesen memandu.

BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai...

Pemanduan Mabuk Dari Segi Undang-Undang

Di banyak negara, pemanduan mabuk adalah apabila kandungan kepekatan alkohol dalam badan atau darah 0.08 peratus atau lebih tinggi dan dianggap haram dari segi undang-undang.

Bagi lelaki dewasa, mengambil 5 peratus bir atau 12 peratus daripada segelas wain atau menghirup 80 peratus arak sudah cukup untuk mengurangkan kemahiran memandu.

Lelaki dan perempuan dewasa dengan bacaan jisim lebih rendah lebih mudah mengalami kesan alkohol. Tahukah anda,  walaupun minum bir beralkohol rendah, tetapi dalam masa beberapa jam, kepekatan alkohol boleh bertambah, sekali gus melebihi had alkohol dibenarkan.

Perlu diingatkan, ada negara yang memiliki undang-undang lebih ketat berbanding negara lain, termasuk Malaysia sendiri. Ini bermakna pemanduan mabuk bukan hal-hal biasa di luar negara walaupun mereka dari segi budaya sememangnya dibenarkan  minum arak.

BACA >>> #RetroAuto: Prosedur Ujian Pemandu Mabuk Sudah Bermula Lebih 50 Tahun Lalu
BACA >>> Dua Maut Dirempuh Pemandu Triton 'Stoned' Ganja Lawan Arus di Lebuhraya Persekutuan

Jangan Memandu, Ambil Teksi, Grab!

Situasi biasa di Jepun yang mengenakan hukuman berat ke atas pemandu mabuk. Naik tren, elak memandu.

Mungkin ada tidak tahu, pemandu mabuk sebenarnya tidak pernah diterima sama sekali di mana-mana negara dunia. Jadi pastikan diri anda sentiasa mengekalkan pemanduan selamat dan berwaspada setiap masa.

Jika anda seorang peminum arak (tegar atau sekadar bersosial), lebih baik dan selamat mengambil teksi atau perkhidmatan e-hailing atau minta tolong rakan yang tidak minum menghantar anda pulang ke rumah.

Di Jepun misalnya, yang terkenal dengan budaya minum arak, undang-undang dan hukuman terhadap pemandu mabuk memang berat. Orang Jepun biasanya akan berkumpul minum pada Jumaat malam bersama rakan kerja. Menarik, mereka akan menggunakan pengangkutan awam dan menghubungi teksi untuk balik ke rumah masing-masing, dan kereta pula akan ditinggalkan di rumah pada hari tersebut atau jika mereka merancang hendak minum arak.

Tidak salah menjaga keselamatan diri dan orang lain.

Related

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Memandu Ketika Mabuk, Memandu Mabuk, pemandu mabuk, Undang-Undang Pemandu Mabuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev