• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Kes Tesla Terbakar, Dua Maut dalam Kereta Tanpa Orang di Kerusi Pemandu

Lagi Kes Tesla Terbakar, Dua Maut dalam Kereta Tanpa Orang di Kerusi Pemandu

April 20, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

605
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMALANGAN maut melibatkan kereta Tesla terus berlaku, dan kali ini, dua nyawa terkorban apabila sebuah Model S terbakar di Spring, Texas, Amerika Syarikat (AS). 

Menurut laporan, 87,000 liter (23,000 gelen) air diperlukan untuk memadam api kerana bateri kereta terus terbakar walaupun berkali-kali cuba dipadamkan. Sampai satu tahap, pihak berkuasa cuba menghubungi Tesla untuk mendapat panduan cara memadamkan kebakaran itu.

Buat masa ini, masih tiada gambaran jelas mengenai situasi sebenar yang berlaku. Pihak berkuasa mendapati kereta elektrik tersebut gagal membelok penuh hingga terbabas dan melanggar sebatang pokok. 

Juga tiada tanda menunjukkan Model S itu dipandu menggunakan sistem bantuan pemandu Tesla Level 2, iaitu mod pandu sendiri Tesla Autopilot yang masih memerlukan pemandu bersiap sedia mengambil alih stereng. Ini kerana kedua-dua mangsa yang maut tidak duduk di kerusi pemandu, sebaliknya di kerusi penumpang depan, dan seorang lagi di belakang. 

KERISAUAN MENGENAI TEKNOLOGI TESLA

Kerisauan mengenai Tesla Autopilot kerap kali mencetuskan keresahan kerana tiada sistem yang dapat memantau tindakan agresif pemandu untuk memastikan mereka sentiasa berjaga-jaga dan bersedia mengawal kenderaan jiks berlaku sesuatu tidak diingini.

Faktanya, sistem bantuan pemandu Tesla Level 2 tidak direka untuk pemandu melepaskan tangan dari stereng. Malah, sistem Tesla Autopilot hanya mampu membelok, memecut dan membrek dalam situasi tertentu sahaja. Pemandu masih perlu berjaga-jaga untuk menukar lorong dan membetulkan pemanduan jika tidak selamat.

Bagaimanapun, sistem Tesla itu, yang dipanggil Tesla Self-Driving, menimbulkan salah faham dalam kalangan pemiliknya yang menyangka kereta mereka boleh memandu sendiri dan mereka boleh tidur, bertukar tempat duduk dan melepaskan tangan dari stereng dalam jangka masa lama.

Seperkara lagi, kebakaran bateri juga menjadi kerisauan besar. Walaupun pek bateri direka untuk mengelak bahaya, tetapi masih terdedah kepada risiko. Ini kerana kebakaran bateri kereta elektrik sangat susah dipadamkan berbanding petrol biasa.

BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat
BACA >>> bZ4X Concept - Bakal Jadi Siri EV Baharu Toyota Masa Depan

SUMBER: Jalopnik

Related

605
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ADAS, Auto Terkini, autonomous driving, EV, kemalangan, level 2, Tesla, Tesla Autopilot, Tesla Level 2, Tesla Model S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my