• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beli Dua Tayar Goodyear dan Menang Perodua Ativa X!

Beli Dua Tayar Goodyear dan Menang Perodua Ativa X!

April 19, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GOODYEAR Malaysia melancarkan peraduan sempena musim Aidilfitri yang bakal tiba dengan menawarkan hadiah Perodua Ativa kepada tiga pemenang bertuah. Peraduan bermula 15 April hingga 13 Julai ini.

Tiga pemenang bertuah itu bukan saja membawa pulang sebuah Ativa X, tetapi kenderaan utiliti sukan (SUV) itu juga akan dipasangkan tayar Goodyear Assurance Triplemax2. Selain tiga hadiah utama, tujuh hadiah saguhati turut diberikan.

Berikut cara menyertai peraduan ini: 

  1. Ada kenderaan sah sepanjang tempoh peraduan. 
  2. Perlu beli sekurang-kurangnya dua tayar Goodyear daripada outlet dan pengedar sah Goodyear Authorised Branded Retail. 
  3. Perlu mendaftar secara atas talian di laman rasmi Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance. 
  4. Setiap pembelian dua tayar akan dikira sebagai satu penyertaan dan pembeli boleh menghantar banyak penyertaan.
  5. Pembeli juga perlu melengkapkan slogan “I choose Goodyear tyres because…” dan tidak melebihi 25 patah perkataan. 

Pemenang akan diumumkan melalui laman rasmi Goodyear Malaysia dan laman Facebook rasmi Goodyear Malaysia. Pemenang juga akan dihubungi secara terus untuk menebus hadiah.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
BACA >>> Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!

MENGENAI PROGRAM 'GOODYEAR WORRY FREE ASSURANCE'

Program ini ialah perlindungan membabitkan kerosakan tayar akibat tusukan, kebocoran, benjol dan impak ketika pemanduan normal atas jalan diselenggara. Bagi menggantikan tayar, pembeli perlu menunjukkan kad Goodyear Worry Free Assurance atau pendaftaran waranti atas talian bersama resit tulen. Tayar pula rosak dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pembelian di kedai Goodyear Autocare dan Servitekar di Malaysia.

Berikut senarai tayar Goodyear dilindungi program ini:

  • Eagle F1 Asymmetric 5
  • Eagle F1 Asymmetric 3
  • Eagle F1 Asymmetric 3 SUV
  • Eagle F1 Asymmetric 2
  • Eagle F1 Asymmetric 2 SUV
  • Eagle F1 Asymmetric SUV
  • EfficientGrip Performance
  • Eagle EfficientGrip
  • EfficientGrip SUV
  • RunOnFlat
  • EfficientGrip Performance SUV
  • Wrangler TripleMax
  • Assurance TripleMax
  • Assurance TripleMax 2

Related

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: GoodYear, Perodua, Perodua Ativa, SUV, Tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev