PENGEDAR tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan tawaran penjimatan bernilai ribuan ringgit untuk dua model Ranger terpilih, iaitu Raptor dan WildTrak keluaran 2020 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Tawaran menarik itu berlangsung sekarang hingga 30 April ini, tertakluk kepada terma dan syarat, serta untuk model 2020 sahaja. Pemberian rebat itu melibatkan:
- Rebat tunai hingga RM8,000 untuk Raptor (2020)
- Rebat tunai hingga RM7,000 untuk WildTrak (2020)
Ketua Jualan SDAC, Turse Zuhair berkata, sebagai model terunggul dalam kelas, Ranger Raptor dan WildTrak ialah lambang trak pikap gaya hidup yang menjadi pilihan pelanggan dan peminat trak pikap Malaysia.
“Dengan tawaran instimewa ini, kami harap dapat memberi lebih penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini,” katanya.
Ranger Raptor dikategorikan sebagai trak pikap lasak dengan kemampuan sistem suspensi Fox Racing Shox, Sistem Pengurusan Rupabumi (TMS) dengan mod Baja canggih. Model ini dijana enjin diesel 2.0L Bi Turbo dengan sistem transmisi automatik 10-kelajuan yang menghasilkan kuasa 211hp dan tork 500Nm.
Ranger WildTrak pula sarat pelbagai teknologi keselamatan pintar seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran dan Bantuan Keluar Lorong (LDAW) dan Amaran Pelanggaran Depan (FCW).
WildTrak juga dibekalkan ciri Parkir Selari Semi-Automatik (SAPP), juga pertama dan satu-satunya dalam kelas trak pikap ini. Ciri ini dicipta untuk membantu pemandu mencari ruang parkir dengan saiz bersesuaian. Menariknya, ciri ini juga membolehkan trak pikap diparkir sendiri dengan selamat yang pastinya cukup berguna di runga sempit.
Kepada pembeli berminat, anda boleh hubungi pengedar Ford berdaftar, atau WhatsApp Jurujual Digital Ford di talian +6019-204 1200 atau layari www.sdacford.com.my
BACA >>> Ford Ranger Raptor X Edisi Khas yang Pertama Warna Merah Lancar di Malaysia, Harga RM216k
BACA >>> Ford Ranger WildTrak Jet Black Edisi Terhad - Inilah Trak Pikap Paling Awesome!
Leave a Reply