Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SDAC Tawar Rebat Tunai Hingga RM8k Kepada Pembeli Ford Ranger Raptor, WildTrak
Auto Terkini

SDAC Tawar Rebat Tunai Hingga RM8k Kepada Pembeli Ford Ranger Raptor, WildTrak

ShawkathBy Shawkath20/04/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan tawaran penjimatan bernilai ribuan ringgit untuk dua model Ranger terpilih, iaitu Raptor dan WildTrak keluaran 2020 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Tawaran menarik itu berlangsung sekarang hingga 30 April ini, tertakluk kepada terma dan syarat, serta untuk model 2020 sahaja. Pemberian rebat itu melibatkan:

  • Rebat tunai hingga RM8,000 untuk Raptor (2020)
  • Rebat tunai hingga RM7,000 untuk WildTrak (2020)

Ketua Jualan SDAC, Turse Zuhair berkata, sebagai model terunggul dalam kelas, Ranger Raptor dan WildTrak ialah lambang trak pikap gaya hidup yang menjadi pilihan pelanggan dan peminat trak pikap Malaysia.

“Dengan tawaran instimewa ini, kami harap dapat memberi lebih penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini,” katanya.

Ranger Raptor dikategorikan sebagai trak pikap lasak dengan kemampuan sistem suspensi Fox Racing Shox, Sistem Pengurusan Rupabumi (TMS) dengan mod Baja canggih. Model ini dijana enjin diesel 2.0L Bi Turbo dengan sistem transmisi automatik 10-kelajuan yang menghasilkan kuasa 211hp dan tork 500Nm.

Ranger WildTrak pula sarat pelbagai teknologi keselamatan pintar seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran dan Bantuan Keluar Lorong (LDAW) dan Amaran Pelanggaran Depan (FCW).

Kedua-dua model menggunakan enjin 2.0L Bi-Turbo.

WildTrak juga dibekalkan ciri Parkir Selari Semi-Automatik (SAPP), juga pertama dan satu-satunya dalam kelas trak pikap ini. Ciri ini dicipta untuk membantu pemandu mencari ruang parkir dengan saiz bersesuaian. Menariknya, ciri ini juga membolehkan trak pikap diparkir sendiri dengan selamat yang pastinya cukup berguna di runga sempit.

Kepada pembeli berminat, anda boleh hubungi pengedar Ford berdaftar, atau WhatsApp Jurujual Digital Ford di talian +6019-204 1200 atau layari www.sdacford.com.my

BACA >>> Ford Ranger Raptor X Edisi Khas yang Pertama Warna Merah Lancar di Malaysia, Harga RM216k
BACA >>> Ford Ranger WildTrak Jet Black Edisi Terhad – Inilah Trak Pikap Paling Awesome!

Ford Malaysia Ford Ranger WildTrak 2020 Promosi Ford Ranger 2020 Raya Roda4 SIME Darby Auto Connexion (SDAC) Trak pikap
Shawkath

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.