• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Nissan Perkenal Juga GT-R NISMO Special Edition (2021) Edisi McDonald's

Nissan Perkenal Juga GT-R NISMO Special Edition (2021) Edisi McDonald's

April 19, 2021 By Shawkath Leave a Comment

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN baru-baru ini memperkenalkan model edisi khas, GT-R NISMO Special Edition (2021). Menariknya, pengeluar automotif dari Jepun itu turut memperkenalkan dua lagi model sama, tetapi dalam edisi McDonald’s.

Berbeza varian edisi khas yang didatangkan dalam warna Stealth Grey (kelabu), model edisi McDonald’s dibalut kemasan emas krom dan pelekat tertulis 'McDonald’s' di atas spoiler. Kedua-duanya model sama, iaitu GT-R NISMO Special Edition (2021), termasuk aspek mekanikal.

Namun, GT-R NISMO Special Edition (2021) edisi McDonald’s cuma model one-off untuk tujuan pameran sahaja, dan tidak dijual kepada umum. Hanya satu unit dibina dan akan digunakan untuk peraduan anjuran McDonald’s Jepun.

Hadiahnya, peserta berpeluang memenangi trip percutian ke fasiliti ujian Nissan, Grandrive yang terletak di Bandar Yokosuka, dalam wilayah Kanagawa di selatan Tokyo. Fasiliti dengan trek sepanjang 4km itu dibuka Nissan pada 2007 sebagai lapangan ujian dan penilaian kenderaan.

Pemenang juga akan berpeluang memandu uji model supercar tersebut selain merasai pengalaman menaiki kenderaan dipandu pemandu pembangunan Nissan untuk melihat kehebatan sebenar GT-R NISMO Special Edition (2021).

Hanya dua keluarga dengan tiga individu layak memandu akan dipilih sebagai pemenang hadiah utama. Turut diberikan 20 hadiah sagu hati kepada naib johan (termasuk mereka tidak layak memandu) dan kad hadiah memaparkan gambar kereta GT-R NISMO.

Hadiah lain ditawarkan, kereta mainan Tomica Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) yang akan diberikan bersama set Happy Meals (dipanggil 'Happy Sets' di Jepun) bermula 30 April hingga 13 Mei 2021. Sebahagian besar kereta mainan itu diberi warna kelabu, dan cuma beberapa unit emas krom McDonald’s disediakan.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) Dapat Bonet Karbon, Enjin Ditala Semula
BACA >>> Nissan GT-R Baharu Mungkin Guna Enjin Hibrid, Dijangka Lancar 2023

nissan-gtr-mcdonalds-edition-2021-1
McDonalds-Nissan-GTR-2
Nissan-GT-R-McDonalds-20
Nissan-GT-R-McDonalds-3
nissan-gtr-mcdonalds-edition-2021-2
Nissan-GT-R-McDonalds-4
Nissan-GT-R-McDonalds-10
Nissan-GT-R-McDonalds-02
Nissan-GT-R-McDonalds-03-1
Nissan-GT-R-McDonalds-2
Nissan-GT-R-McDonalds-6
Nissan-GT-R-McDonalds-7
Nissan-GT-R-McDonalds-8
nissan-gtr-mcdonalds-edition-2021-3

SUMBER: Carscoops

Related

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Edisi McD, GT-R Nismo Special Edition 2021, Nissan GT-R Nismo, Nissan GT-R NISMO GT3, Nissan GT-R NISMO McDonalds, Nissan GT-R Nismo SE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev