PELUMBA Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo mengungguli saingan MotoGP buat kali kedua berturut-turut dalam tiga pusingan perlumbaan apabila memenangi GP Portugal di litar Portimao, semalam.
Tempat kedua diraih pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia dan disusuli juara bertahan MotoGP musim lalu, Joan Mir (Suzuki Ecstar) untuk tempat ketiga. Kejuaraan Quartararo ini juga meletakkan pelumba Perancis itu di tempat pertama dalam ranking keseluruhan pelumba MotoGP ketika ini dengan mengumpul 61 mata dengan kelebihan 15 mata di atas pencabar terdekat, Francesco Bagnaia (46 mata).
Sementara itu, malang terus menimpa pelumba veteran Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi apabila terbabas di pusingan ke-11 dan gagal menamatkan perlumbaan. Rakan sepasukannya pula, Franco Morbidelli pula terlepas podium apabila sekadar menamatkan aksi di tempat keempat.
Sementara itu, juara dunia lapan kali, Marc Marquez (Repsol Honda) yang kali pertama turun berlumba selepas kembali daripada kecederaan menampilkan persembahan agak baik dengan menduduki tempat ketujuh. Malah, pelumba Sepanyol itu dikatakan berlumba dalam kesakitan kerana tangannya belum betul-betul cergas untuk berlumba.
Dalam perkembangan lain, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP), yang memulakan perlumbaan di petak ke-27 menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-18. Saingan Moto2 pusingan ketiga ini dimenangi pelumba rookie Red Bull KTM Ajo, Raul Fernandez diikuti Aron Canet (Aspar Team) dan Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo).
BACA >>> Sekali Lagi Ducati Memang Laju, Tapi Quartararo Pula yang Menang!
BACA >>> Ducati Laju, Tapi Vinales yang Menang GP Qatar
KEPUTUSAN GP PORTUGAL 2021
- Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 46.412s
- Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +4.809s
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +4.948s
- Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +5.127s
- Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +6.668s
- Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +8.885s
- Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +13.208
- Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +17.992
- Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +22.369s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +23.676s
- Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +23.761s
- Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +29.660s
- Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +29.836s
- Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* +38.941s
- Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +50.642s
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) 1 Pusingan
- Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) DNF
- Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
- Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
- Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) DNF
- Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) DNF
Leave a Reply