• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Treler Terbaharu Filem F9, Aksi Sampai Angkasa!

Treler Terbaharu Filem F9, Aksi Sampai Angkasa!

April 15, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

601
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FRANCAIS filem popular, Fast and Furious melancarkan treler filem terbaharu F9 di YouTube semalam yang dijadualkan ditayangkan pada Jun nanti.

Menariknya, filem kali ini cuba pergi ke tahap lebih tinggi (secara literal) apabila dua karakter filem itu, Tej dan Roman dilihat mengenakan sut seakan angkasawan dan menaiki kereta yang diubah suai menjadi kapal roket.  Bunyinya macam tidak masuk akal, tetapi inilah resepi kejayaan francais filem ini untuk kekal mendapat kutipan tinggi filem demi filem.

Masih mengekalkan tema famili dengan genre aksi melampaui batas, cerita kali ini mengisahkan keluarga Dominic Toretto (lakonan Vin Diesel) sekali lagi menerima ancaman daripada watak antagonis berbeza. 

Watak antagonis kali ini ialah John Cena yang memainkan watak adik kepada Toretto, Jakob, iaitu pembunuh upahan hebat yang bekerja kepada Cipher, musuh kepada abangnya itu. Lebih menarik, watak kegemaran ramai, Han juga rupanya masih hidup yang membuat kemunculan semula dalam filem ini.

Video treler berdurasi 3 minit 20 saat ini mendapat lebih dua juta tontonan setakat artikel ini ditulis. Bakal menemui penonton Malaysia 24 Jun ini, peminat pasti tidak sabar melihat kereta apakah bakal digunakan Dominic Toretto dan keluarganya nanti. Jom kita layan treler di bawah ini.

BACA >>> Covid-19: Filem Fast and Furious 9 (Fast 9) Ditunda Tahun Depan!
BACA >>> Fast & Furious di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik

Related

601
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dominic Toretto, F9 The Fast Saga, Fast & Furious, Fast 9, Fast and Furious, John Cena, Treler Filem, Vin Diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev