• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Jalan Berlubang di UK, Satu Lubang Ditutup Setiap 19 Saat!

Masalah Jalan Berlubang di UK, Satu Lubang Ditutup Setiap 19 Saat!

April 13, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

977
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KUALITI jalan di Britain masih berada di paras tidak memuaskan walaupun bajet penyelenggaraan jalan raya dinaikkan 15 peratus dan penurunan trafik kerana pandemik Covid-19.

Berdasarkan laporan Persekutuan Motosikal British (BMF), Perikatan Industri Jalan Raya (AIA) mendapati bajet penyelenggaraan jalan raya disalurkan kepada kerja baik pulih jangka pendek seperti menutup lubang jalan.

Masalah jalan berlubang adalah masalah yang berlaku seluruh Britain ibarat satu lubang ditutup setiap 19 saat. Walaupun kedengaran hebat, tetapi kondisi jalan raya negara itu seperti tiada perubahan. Malah sangat berbahaya buat pengguna jalan raya Britain, terutama penunggang motosikal.

Walaupun penambahan bajet penyelenggaraan jalan raya dilihat sebagai langkah yang baik, tetapi cara dana itu digunakan jelas tidak efektif sama sekali dan tidak menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang. 

Cara terbaik, dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menurap semula permukaan baharu lebih baik dan berkualiti. Lebih-lebih lagi purata kekerapan penurapan permukaan jalan baharu di Britain sangat rendah, iaitu sekali setiap 68 tahun. Kos semua penyelenggaraan jalan England dan Wales pula menelan belanja £10 bilion (RM57 bilion).

Ingatkan masalah jalan berlubang ni ada kat Malaysia je, negara maju macam Britain pun sama juga masalahnya. Harap kerajaan Malaysia pun mula buat tindakan lebih baik untuk menangani masalah ini. Sampai bila nak harapkan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) macam Brotherhood? Ke nak kena tunggu Pak Menteri jatuh lubang dulu? 🤗

BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang

SUMBER: Visor Down

Related

977
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Britain, Jalan Berlubang, potholes, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev