• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Gixxer SF250, Gixxer 250 Kini Lebih Kemas di Jepun, Harga Mula RM16.9k

Suzuki Gixxer SF250, Gixxer 250 Kini Lebih Kemas di Jepun, Harga Mula RM16.9k

April 13, 2021 By Shawkath Leave a Comment

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Jepun memperkenalkan warna baharu untuk dua sportbike 250cc iaitu Gixxer SF250 dan Gixxer 250 yang didatangkan dengan tona gelap, Matte Black Metallic (hitam kusam) dengan aksen kuning sebagai kontras.

Skema warna itu tidak pernah ditawarkan dan diyakini berpotensi menerima sambutan ramai pembeli. Gixxer SF250 ditawarkan pada harga  481,800 yen (RM18,170), manakala Gixxer 250 dijual pada harga 448,800 yen (RM16,926), termasuk cukai penggunaan 10 peratus.

Pandangan awal, sportbike ini memiliki tona badan lebih matang dan agresif. Sebenarnya kuning ialah warna identiti Suzuki dalam sukan lumba off-road dan motocross. Berikut perincian mengenai dua model Gixxer bersaudara itu:

  • Tiada lagi dekal besar Suzuki ditampal pada tangki minyak dua model itu. Gixxer 250 nampak lebih ‘kosong’ dengan dekal teks 'Gixxer' dan angka '250' lebih kecil.
  • Dekal teks pada fairing sisi Gixxer SF250 lebih besar dengan rambahan teks 'Suzuki' pada tepi kowl enjin. Tiada maklumat didedahkan mengenai pembaharuan trenkuasa atau transmisi.
  • Jadi, model Gixxer itu, yang diimport dari India, untuk pasaran Jepun masih menggunakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 249cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 26.5hp @ 9,300rpm dan tork 22.2Nm @ 7,300rpm. Transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Gixxer SF250 dan Gixxer 250 memiliki ketinggian pelana sama. iaitu 800mm, tetapi model fairing penuh itu lebih berat 4kg berbanding naked bike, seberat 154kg. Kapasiti tangki minyak pula 12 liter.
  • Suzuki dijadualkan menjual Gixxer SF250 baharu bermula 20 April ini, manakala Gixxer 250 (hitam kusam) akan memasuki pasaran Negara Matahari Terbit itu pada 25 Mei nanti.

BACA >>> Jepun Lancar Suzuki Gixxer 150 (2021) dengan Grafik Baharu Lebih Segar, Harga RM13.2k
BACA >>> Thailand Lancar Suzuki Gixxer SF250 (2021), Harga RM17.1k
BACA >>> India Lancar Suzuki Gixxer SF 250, Gixxer 250 Versi Patuh BS6

Suzuki Gixxer SF250 (2021) b
suzuki gixxer sf250 1
suzuki gixxer sf250
suzuki gixxer 250
suzuki gixxer 250 1
Suzuki Gixxer SF250 (2021) 6
Suzuki Gixxer SF250 (2021) D
Suzuki Gixxer SF250 (2021) 4
Suzuki Gixxer SF250 (2021) 3
Suzuki Gixxer SF250 (2021) 5
Suzuki Gixxer SF250 (2021) 1
Suzuki Gixxer SF250 (2021)
Suzuki Gixxer SF250 (2021) 7
Suzuki Gixxer SF250 (2021) C
Suzuki Gixxer SF250 (2021) a
Suzuki Gixxer 250

SUMBER: AutoBy | Suzuki Japan

Related

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, sportbike, Suzuki Gixxer 250 (2021), Suzuki Gixxer Matte Black Metalli, Suzuki Gixxer SF250, Suzuki Japan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev