• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jepun Lancar Suzuki Gixxer 150 (2021) dengan Grafik Baharu Lebih Segar, Harga RM13.2k

Jepun Lancar Suzuki Gixxer 150 (2021) dengan Grafik Baharu Lebih Segar, Harga RM13.2k

March 30, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Jepun secara rasmi melancarkan streetbike Gixxer 150 (2021) yang sudah berada di pasaran Negara Matahari Terbit itu sejak 24 Mac lalu. Ini juga kemas kini pertama model tersebut sejak dilancarkan pada 2017 dan akan dijual pada harga 352,000 yen (RM13,260), termasuk cukai.

Berikut ciri menarik Gixxer 150 (2021):

  • Datang dalam tiga pilihan warna iaitu Triton Blue Metallic (biru), Pearl Mira Red (merah) dan Glass Sparkle Black (hitam).
  • Menggunakan enjin SEP (Suzuki Eco Performance) 4-lejang 2-injap silinder tunggal 154cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 13.8hp @ 8,000rpm dan tork 14Nm @ 6,000rpm dengan transmisi manual 5-kelajuan jenis klac basah multiplat.
  • Menampilkan rekaan grafik lebih sporty dengan dimensi badan lebih lebar dan rendah serta jarak roda lebih panjang. Berat bertambah 9kg menjadi berat keseluruhan 139kg. Tinggi pelana 795mm, manakala kapasiti tangki mampu mengisi 12 liter petrol.
  • Lampu utama jenis LED dan dibahagikan kepada tiga kluster. Lampu signal masih menggunakan mentol halogen.
  • Panel meter direka lebih kemas, jenis LCD digital penuh yang memaparkan spidometer, takometer, posisi gear dan bar petrol. Juga ada indikator tukar minyak setiap 3,000km untuk memaklumkan penunggang tempoh menukar minyak enjin selepas 1,000km pertama.
  • Fairing sisi lebih besar, rekabentuk tangki minyak juga diperbaharui untuk bentuk lebih maskular. Rekaan grafik lebih besar.
  • Rekabentuk paip ekzos model 2021 kini lebih sporty dengan dua lubang ekzos berwarna perak. Juga mempunyai fender boleh tanggal yang dipautkan pada swingarm.
  • Menggunakan fork teleskopik dengan tiub dalaman 41mm (depan) dan monoshock prabeban boleh laras 7-tetapan (belakang).
  • Sistem brek menggunakan cakera tunggal 266mm dengan kaliper Bybre daripada Brembo yang dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda depan, manakala brek belakang pun jenis cakera tunggal.
  • Saiz tayar 100/80-17 MC 52S (depan), dan 140/60-17 MC 63H (belakang)

BACA >>> Thailand Lancar Suzuki Gixxer SF250 (2021), Harga RM17.1k
BACA >>> #Spyshot: Suzuki Raider Dikesan Jalani Ujian di Malaysia?

suzuki-gixxer-150-jepun-2021-10
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-9
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-8
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-11
gixxer_150_2021_6
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-7
gixxer_150_5
gixxer_150_2021
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-4
suzuki gsx-s150 2021
suzuki gsx-s150 2021-2
gixxer_150_2021-1
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-12
suzuki gsx-s150 2021-3
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-6
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-3
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-5
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-1
suzuki-gixxer-150-jepun-2021-2

SUMBER: Suzuki.co.jp

Artikel Berkaitan

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, streetbike, Suzuki, Suzuki Gixxer 150 (2021), Suzuki Gixxer 150 (2021) Jepun, Suzuki GSX, suzuki gsx-s150 2021, Suzuki Japan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my