• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / HSDM Tawar Dua Program Eksklusif Pelbagai Ganjaran, Penjimatan Buat Pemilik Hyundai

HSDM Tawar Dua Program Eksklusif Pelbagai Ganjaran, Penjimatan Buat Pemilik Hyundai

April 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan dua pakej program selepas jualan eksklusif kepada pemilik Hyundai, iaitu i-Care Plus dan Loyalty Card (Kad Kesetiaan) yang menawarkan pelbagai ganjaran dan penjimatan menarik.

Berikut perincian dua pakej ditawarkan HSDM:

1. Hyundai i-Care Plus

Program Hyundai i-Care Plus dikhas kepada pemilik kenderaan Hyundai berusia empat tahun ke atas. Pemilik boleh mendaftar program ini di mana-mana pusat servis rasmi Hyundai seluruh negara.

Dengan hanya RM20, anda dapat nikmati pelbagai faedah seperti:

  • 6 baucar penjimatan
  • Diskaun 10 peratus untuk alat ganti terpilih
  • Diskaun 5 peratus untuk kos buruh.
  • 2 botol minyak enjin percuma + 1 penapis minyak

Program ini ditawarkan dalam tempoh terhad, bermula 1 April lalu dan sah selama 35 bulan dari tarikh pembelian program.

2. Loyalty Card

Loyalty Card pula memberi ganjaran eksklusif yang diberikan automatik kepada mana-mana pemilik model Hyundai. Antara manfaat dinikmati ialah

  • Promosi bulanan, seperti diskaun 20 peratus untuk produk KLIMA Fresh dan BlueChem sepanjang April.

Pelanggan juga akan menikmati pelbagai ganjaran lain seperti:

  • Diskaun bulan kelahiran bagi perkhidmatan selepas jualan
  • Diskaun barangan Hyundai
  • Jual semula (trade-in) kenderaan bernilai tinggi jika beli model baharu Hyundai

Pelanggan sedia ada boleh mendaftar percuma Loyalty Card di mana-mana pusat servis rasmi Hyundai seluruh negara dan melihat pengumuman promosi baharu menerusi laman web www.hyundai.com.my atau talian bebas tol 1300-13-2000

BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Lancar 16 April Ini! Harga Masih Misteri
BACA >>> Hyundai Malaysia Akan Lancar Palisade, Kona Facelift Tidak Lama Lagi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: HSDM, Hyundai i-Care Plus, Hyundai Malaysia, Loyalty Card Hyundai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev