• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Yamaha Vietnam Perkenal Aksesori Tulen untuk Exciter 155, Harga Serendah RM36

Yamaha Vietnam Perkenal Aksesori Tulen untuk Exciter 155, Harga Serendah RM36

April 6, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

399
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Berita baik buat pemilik Yamaha Exciter 155 di Vietnam apabila wakil pengeluar itu, Yamaha Motor Vietnam memperkenalkan beberapa aksesori tulen yang boleh dibeli untuk dipasangkan pada supermoped tersebut.

Ada lima aksesori ditawarkan, iaitu fender belakang, pelindung roda, penutup tangki minyak, tuil brek dan tuil klac warna emas, dan rak besi yang dijual pada julat harga 199,000 dong (RM36) hingga 670,000 dong (RM120). Harga ditawarkan itu dikatakan cukup berpatutan jika dibandingkan kedai aksesori motosikal lain.

 

Selain Exciter 155, Yamaha turut menawarkan aksesori NVX, terdiri daripada pelapis karbon, fender dan cermin depan pada harga 200,000 dong (RM36) hingga 2.8 juta dong (RM504).

Yamaha Motor Vietnam turut menyatakan hasrat untuk menumpukan dan mempromosikan aksesori tulen Yamaha terutama membabitkan model-model popular.  Berbanding pesaing lain seperti Winner X, jualan produk tulen Exciter 155 adalah lebih rendah kerana harga lebih mahal. Ketika ini, Honda Vietnam menjual hampir 15 aksesori untuk Winner X.

Menarik juga strategi perniagaan dilakukan Yamaha Motor Vietnam. Harapnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pun boleh mengambil langkah sama kerana rata-rata mat motor Malaysia memang minat mengubah suai motosikal mereka. 

BACA >>> Harga Yamaha Exciter 155 VVA Melonjak Tinggi di Vietnam, Stok Semakin Terhad
BACA >>> Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k

SUMBER: zingnews.vn

Related

399
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Honda, Hong Leong Yamaha, Supermoped, winner x, Yamaha, Yamaha Exciter 155, Yamaha Motor Vietnam, Yamaha Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev