Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
Auto Terkini

Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Vietnam rasmi memperkenalkan generasi baharu Exciter, dinamakan Yamaha Exciter 155 VVA (2021). Seperti dilihat, penampilan model massa itu sama dengan imej intip yang bocor sebelum ini.

Seiring slogan ‘Ride to the Next Level’, Exciter baharu ini dipasangkan trenkuass 155cc VVA yang menghasilkan kuasa 17.7hp dan tork maksimum 14.4Nm dengan kotak gear manual 6-kelajuan. Output tersebut 17 peratus lebjh tinggi berbanding Exciter 150.

Selain itu, teknologi lapisan karbon disematkan pada slider VVA seperti model superbike YZF-R1. Sistem suntikan bahan api didatangkan dengan 10 injektor, lebih banyak berbanding enjin 150cc. Sudut suntikan bahan api ditingkatkan kepada 18° bagi meningkatkan kecekapan pembakaran.

Exciter baharu ini juga didatangkan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang tiada pada pesaing. Sistem henti diserahkan kepada brek cakera dengan kaliper 2-piaton di depan dan brek cakera di belakang. Sayangnya model tersebut tidak didatangkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).

Menurut Yamaha Motor Vietnam, ketiadaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) adalah untuk menawarkan pengalaman tunggangan sporty kepada pemilik. Hmmm…

GAYA R1

Yamaha Exciter 155 (2021) memiliki rekaan dan garisan badan seperti abang besar YZR-R1. Bahagian badan direka semula bagi meningkatkan aerodinamik dan bahagian tengah diubah sedikit ke depan bagi meningkatkan kestabilan.  Berbanding model terdahulu, generasi baharu Exciter ini berubah dari segi trenkuasa, rekabentuk badan dan ciri.

Penampilan badan Exciter berubah kepada gaya sporty. Lampu siang (DRL) berbentuk X di depan memberikan aura garang dan bahagian belakang direka sepenuhnya menerusi struktur dua tingkat. Sistem ekzos juga lebih besar yang mana diposisikan lebih rendah agar asap tidak menerpa penunggang belakang.

Ciri lain ialah sistem kunci pintar dan slot pengecas USB. Saiz tangki minyak ditingkat kepada 5.4 liter, manakala saiz fork bertambah 10mm menjadi 100mm. Exciter 155 VVA (2021) akan berada di pasaran Vietnam bermula 6 Januari depan dalam tiga pilihan iaitu:

  • Yamaha Exciter 155 VVA Standard – 47 juta dong (RM7,010)
  • Yamaha Exciter 155 VVA High-eEnd – VND 50 juta (RM8,765)
  • Yamaha Exciter 155 VVA GP – 50.5 juta dong (RM8,850)

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Yamaha Y15ZR V3 Baharu dengan Enjin 155 VVA, Keyless!!!
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Exciter 150 Gaya R1 dengan Swingarm Ducati 1199 Panigale

VIDEO

Moped roda2 Yamaha Yamaha Exciter 150 Yamaha Exciter 155 VVA Yamaha Motor Vietnam Yamaha Vietnam
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.