PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP) menganggap aksi GP Doha semalam ibarat perlumbaan final pertamanya dengan jentera NTS memandangkan dia sebelum itu gagal menamatkan perlumbaan pada aksi final GP Qatar minggu lalu berikutan masalah enjin.
Pada aksi GP Doha di litar antarabangsa Losail, semalam, Hafizh berjaya menyelesaikan semua pusingan dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21. Bagaimanapun, keputusan paling belakang itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan peminat motosikal tempatan.
Pada masa sama, Prinsipal RW Racing GP, Jarno Janssen mengatakan Hafizh berlumba dengan baik pada awal perlumbaan. Pasukan turut melakukan beberapa perubahan pada jentera pelumba Malaysia itu ketika sesi pemanas badan untuk menambah baik aspek pengendalian.
Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 bukanlah sasaran, pasukan itu akan terus bekerja keras untuk mendapat keputusan lebih baik pada perlumbaan akan datang di GP Portugal.
Hafizh ketika ini mensasarkan berada dalam kelompok 15 terpantas dan yakin pasukannya mampu mencapai tahap tersebut.
BACA >>> Sekali Lagi Ducati Memang Laju, Tapi Quartararo Pula yang Menang!
BACA >>> Hafizh Akur Jentera Kurang Data, Tapi Tekad Cepat Sesuaikan Diri
SUMBER: Facebook RW Racing GP
Leave a Reply