• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

April 6, 2021 By Shawkath 1 Comment

799
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, Modenas tidak menunggu lama untuk menganjurkan sesi tunggang uji eksklusif di Litar Rakyat Kuala Selangor, baru-baru ini.

Ringkasnya, motosikal tunggung uji yang disediakan itu membabitkan varian 2021 dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Pearl Metallic White (putih), Pewter Grey (kelabu metalik) dan Burnt Red (merah kusam).

Secara jujur, aspek mekanikal streetbike ini tidak berubah melainkan soal kosmetik. Trenkuasa digunakan ialah enjin DTS-i 4-lejang 4-injap 199.5cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 24hp dan tork 18.6Nm yang dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Apa Rasa Tunggang RS200?

  • Motosikal tidak begitu berat (164kg) dan kedudukan bar hendal dan posisi peg kaki membantu penunggang mendapat kawalan motosikal baik.
  • Pelana agak selesa. Perlu diakui, penilaian ini cuma untuk pengalaman tunggangan sekitar 30 minit dalam kawasan litar.
  • Badan tidak rasa lenguh atau penat selepas keluar trek. Mujur sempat menuntut ilmu dan tunjuk ajar daripada jurulatih berpengalaman, Khai Zabidin sebelum masuk dalam litar.
  • Enjin tidak rasa panas atau berbahang walaupun menunggang dalam cuaca masih panas, kira-kira jam 2 petang.
  • Fairing gaya sportbike RS200 tidak menggangu konsentrasi tunggangan walaupun berstatus penunggang amatur.
  • Pendapat penulis, rev enjin perlu dipertingkat untuk melancarkan lagi tunggangan ketika keluar dari selekoh. Bagaimanapun, prestasi atas jalan raya biasa dijangka lebih baik.
  • Binaan casis dengan fork konvensional di depan dan monoshock Nitrox di depan menawarkan keseimbangan terbaik.
  • Klac dan anjakan gear rasa lembut tetapi agak lancar yang sesuai untuk penunggang baharu atau mereka yang kembali menunggang semula.
  • Prestasi tayar berbeza mengikut kondisi jalan. Pendapat penulis, cengkaman tayar agak baik di litar, tetapi keadaan mungkin berbeza di jalan raya biasa kerana ada kaitan dengan permukaan aspal.
  • Sistem henti dianggap memadai bagi sebuah sportbike 200cc dengan brek cakera pada kedua-dua roda dengan tambahan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan.
  • Memang berbaloi dibeli sebab harganya cuma bawah RM10,000! Bagaiomanapun harga tersebut tidak termasuk insurans, pendaftaran dan lain-lain. Apapun, jarang kita dapat jumpa ada pengeluar sanggup menjual sportbike yang berharga jauh lebih murah berbanding kapcai.
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI - 106
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI - 103
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI - 102
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI - 104
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI 2
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI 1
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI - 105
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI 4
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI 3
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI - 108
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI - 109
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI 6
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI 7
MODENAS PULSAR RS200 TUNGGANG UJI 8

BACA >>> Modenas Pulsar RS200 (2021) Versi Naik Taraf Kini Tiba di Pengedar Terpilih, Harga Kekal Sama
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?
BACA >>> Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun Harga!

Related

799
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda2 Tagged With: Khai Zabidin, Litar Rakyat Kuala Selangor, Modenas Pulsar RS200 (2021), Modenas Pulsar RS200 facelift, sportbike Modenas, Tunggang uji Modenas Pulsar RS200

Comments

  1. MOKHTAR MOHAMED NOR says

    April 7, 2021 at 9:00 AM

    Jika petronas masukkan enjin ni kedalam rangka super moped mmg mantap

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev