• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Xingyue L Lancar, Harga Mula RM69k, Mungkinkah SUV 7-Kerusi Pertama Proton?

Geely Xingyue L Lancar, Harga Mula RM69k, Mungkinkah SUV 7-Kerusi Pertama Proton?

April 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AWAL tahun ini, Geely memuat naik imej model Xingyue L (juga dikenali sebagai KX11), iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi mewah yang dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Modular Kompak (CMA), sama seperti digunakan Volvo XC40.

Menariknya, SUV segmec-C itu cuma dijual pada harga 109,600-139,600 yuan (RM69,310-RM88,280) untuk pasaran Negara Tembok Besar tersebut.

Berikut ciri menarik Xingyue L:

  • Huruf ‘L’ pada Xingyue L membawa maksud Large (besar), Luxury (mewah) dan Liberate (bebas), iaitu tiga prinsip yang digunakan dalam membangunakn SUV ini.
  • Dijana trenkuasa Volvo, iaitu enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo yang menawarkan dua output kuasa berbeza, 235hp dan 215hp, manakala transmisi digunakan jenis automatik dual-klac (DCT) 8-kelajuan.
  • Gril depan besar menampilkan konsep rekabentuk air terjun (waterfall) yang dipadankan bersama lampu LED penuh pada lampu depan, lampu signal belok, dan lampu kabus serta tidak dilupakan lampu belakang.
  • Memiliki jarak roda 2,845mm, dengan dimensi panjang 4,835mm, lebar 1,900mm dan tinggi 1,689mm.

  • Ruang dalaman mengetengahkan konsep minimalis mewah dengan skrin sentuh horizontal 100sm yang melintang sepanjang papan pemuka. Bagaimanapun, skrin tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian. Konsol tengah menempatkan tombol gear dan butang mod pemanduan.

Memandangkan Proton masih belum ada SUV 7-kerusi, mungkinkah Xingyue L akan dibawa masuk ke Malaysia? Kalau ya, berapakah pula harga akan dijual nanti memandangkan harga X70 pun sudah mencecah enam angka? Pastinya lebih mahal kerana menawarkan ekstra tempat duduk.

Bagaimanapun, dalam pasaran Malaysia, pembeli tempatan agak kurang berminat dengan SUV 7-kerusi. Ini dapat dilihat dengan kelibat Nissan X-Trail yang tidak begitu meriah di jalanan. Sebaliknya, bagi kenderaan famili besar dengan 7 penumpang, pembeli Malaysia lebih suka memilih kenderaan pelbagai guna (MPV).

Namun, tidak mustahil juga Proton akan menjadi perintis dalam mempopularkan SUV 7-kerusi yang mensasarkan golongan famili besar. Lagipun orang kita memang suka dengan produk murah tapi berkualiti tinggikan?

BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla
BACA >>> Geely Lancar Boyue Edisi Khas Sukan Asia ke-19 dengan Gril Proton X70

geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l
geely xingyue l

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arkitektur Modular Kompak (CMA), Auto Terkini, Geely, Geely Auto, geely xingyue l, Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev