• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Adakah Bunyi Lain yang Lebih Kuat daripada Ekzos Motosikal?

#TahukahAnda: Adakah Bunyi Lain yang Lebih Kuat daripada Ekzos Motosikal?

March 31, 2021 By Shawkath Leave a Comment

664
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EFEK bunyi bising sebenarnya subjektif dan berbeza mengikut individu. Mungkin bunyi radio yang kita dengar tidaklah sekuat mana, tetapi bagi segelintir orang, bunyi itu terlampau kuat. Ia mungkin disebabkan situasi seseorang dikurniakan sepasang telinga yang sensitif atau sebaliknya, dan juga tahap frekuensi bunyi dihasilkan.

Apa yang pasti, semua orang berisiko mengalami kehilangan daya pendengaran atau kerosakan pendengaran jika terdedah kepada mana-mana bunyi kuat dan dalam tempoh masa lama.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Patut Pakai Palam Telinga?

Earmuff
Earplug

Tahap bunyi dikira menggunakan ukuran desibel (dB). Contohnya, perbualan biasa bersama dua rakan menghasilkan kira-kira 60dB. Mesin rumput pula menghasilkan hampir 90dB, manakala bunyi muzik di konsert rock dianggarkan 120dB.

Umumnya, sebarang bunyi lebih 85dB adalah berbahaya untuk manusia, tetapi bergantung seberapa lama dan kerap kita terdedah kepada bunyi berkenaan. Kesan buruk bunyi juga dapat dihindarkan jika kita memakai alat penebat telinga seperti palam telinga (earplug) atau sarung telinga (earmuff).

Berikut jadual tahap bunyi dan purata dB mengikut situasi dan alatan yang biasa kita gunakan seharian:

  • Muzik perlahan, berbisik atau daun kosak kosek (bergesel ditiup angin): 30dB
  • Bunyi bising biasa di rumah: 40dB
  • Perbualan biasa atau latar belakang muzik: 60dB
  • Bunyi bising pejabat atau semasa dalam kereta pada kelajuan 100kmj: 70dB
  • Penyedut hampagas (vakum) atau radio biasa: 75dB
  • Trafik sesak, penyaman udara, bunyi bising di restoran atau mesin pemotong rumput : 80-89dB
  • Laluan kereta api atau jeritan ketika berbual: 90-95dB
  • Radio (boom box), ATV atau motosikal: 96-100dB
  • Majlis tarian sekolah: 101-105dB
  • Alat gergaji pokok (chainsaw), penghembus daun kering atau kereta salji: 106-115dB
  • Suasana dalam arena sukan, konsert rock dan majlis simfoni kuat: 120-129dB
  • Perlumbaan kereta standard: 130dB
  • Bunyi tembakan atau siren kenderaan: 140dB

Apabila kekuatan bunyi meningkat, masa untuk kita mendengar bunyi itu akan jadi semakin singkat sebelum kerosakan pendengaran berlaku. Di sinilah gunanya alat pelindung pendengaran dalam membantu mengurangkan kekuatan bunyi sebelum gelombang tiba ke gegendang telinga. Penggunaan palam telinga dan seumpamanya membolehkan seseorang individu mendengar sesuatu bunyi tersebut (terutama berdesibel tinggi) dalam tempoh lebih lama.

BACA >>> Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa
BACA >>> Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!

Proses pendengaran dalam telinga.

CARA CEGAH KEROSAKAN PENDENGARAN

Cara mudah mengetahui ancaman bunyi kuat terhadap pendengaran adalah memberi perhatian kepada tanda amaran awal. Sesuatu bunyi itu boleh membawa risiko pendengaran sekiranya:

  • Anda sukar bercakap atau mendengar orang lain bercakap ketika kedengaran bunyi kuat.
  • Bunyi kuat menyakitkan telinga.
  • Telinga berdesing selepas dengar bunyi kuat.
  • Bunyi lain jadi senyap selepas anda meninggalkan kawasan berbunyi bising.

Dalam banyak kes, bunyi bising yang menyebabkan masalah pendengaran berpunca akibat ketap terdedah kepada bunyi sangat kuat dan ini dapat dicegah dengan memakai alat pelindung telinga khas.

Jika tempat kerja diselubungi tahap bunyi bising berbahaya, anda perlu merancang dan memakai alat pelindung telinga. Antara golongan pekerja yang terdedah kepada risiko masalah pendengaran ialah:

  • Pengendali mesin berbunyi bising, kenderaan, alatan berkuasa tinggi seperti dalam sektor pembinaan, perkilangan, petani, pemandu trak, mekanik atau kru lapangan terbang.
  • Kakitangan ketenteraan.
  • Anggota bomba dan polis.
  • Pemuzik.

SUMBER : UofMHealth | 3M| Wikipedia | MrAppliance | AtHearing | AudioCardio

Related

664
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, bunyi bising desibel, bunyi bising ekzos, desibel, kempen banteras ekzos perang, kesan bunyi bising motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev