MODENAS mengumumkan streetbike Pulsar RS200 (2021) versi naik taraf kini sudah boleh didapati menerusi rangkaian pengedar rasmi seluruh negara bermula hari ini pada harga asas RM9,990, tanpa insurans dan cukai jalan.
Ada tiga pilihan warna baharu ditawarkan, iaitu Pearl Metallic White (putih), Pewter Grey (kelabu) dan Burnt Red (merah) yang didatangkan dengan grafik baharu lebih segar. Modenas mengesahkan stok motosikal baharu sudah dihantar kepada sejumlah pengedar terpilih sejak semalam.
BACA >>> Modenas Pulsar RS200 (2021) Kini Warna, Grafik Baharu dengan Rim Putih, Harga RM9.9k
Pulsar RS200 (2021) dipasang di kilang Modenas di Gurun dan dipacu enjin DTS-i 4-lejang 4-injap SOHC penyejukan cecair berkuasa 24hp dan tork 18.6Nm. Sistem henti motosikal popular ini menggunakan brek cakera 300mm pada roda depan dan cakera 230mm di belakang yang dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Kapasiti tangki minyak ialah 13 liter.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan mengesahkan harga varian naik taraf 2021 ini kekal sama seperti model sebelumnya. Maklumat mengenai senarai pengedar rasmi yang menawarkan model Pulsar RS200 (2021) boleh layari www.modenas.com.my.
BACA >>> Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun Harga!
BACA >>> Perbandingan: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R15, Mana Sesuai Jentera Harian?
Leave a Reply