• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand Lancar Suzuki Gixxer SF250 (2021), Harga RM17.1k

Thailand Lancar Suzuki Gixxer SF250 (2021), Harga RM17.1k

March 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Thailand secara rasmi melancarkan Gixxer SF250 (2021) untuk pasaran tempatan, yang juga model pertama dilancarkan wakil pengedar motosikal itu tahun tahun ini.

Gixxer SF250 (2021) direka berasaskan konsep 'Lifestyle Sport Bike' dengan mengambil ilham rekabentuk motosikal Eropah dan dipadukan prestasi enjin yang  sesuai untuk penggunaan harian dan jarak jauh. 

Dijual pada harga 128,800 baht (RM17,140), berikut ciri menarik Gixxer SF250 (2021):

  • Dikuasakan enjin 4-lejang 249.1cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api dan Sistem Penyejukan Minyak Suzuki (SOCS), yang mempunyai DNA jentera Suzuki yang berentap dalam Kejuaraan Dunia MotoGP. Tiada angka kuasa dan tork didedahkan.
  • Menggunakan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.
  • Ada dua pilihan warna ditawarkan, iaitu biru dan hitam.
  • Lampu depan dan belakang menggunakan teknologi LED untuk pencahayaan lebih jelas selain memberikan jangka hayat komponen lebih lasak dan tahan lama.
  • Memiliki berat 160kg dengan kapasiti tangki mampu mengisi 12 liter petrol. Pelana agak tinggi, iaitu 800mm, manakala jarak lega bumi 165mm.

  • Hadir dengan panel meter LCD digital dengan paparan multi-info untuk maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, odometer, posisi gear, bar petrol, indikator signal belok dan lampu suluh tinggi serta simbol amaran enjin.
  • Sistem penghidup menggunakan ciri tekan mula Intelligent Push Start System yang memudahkan penunggang menghidupkan enjin. 

  • Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal di depan (300mm) dan belakang yang sama seperti motosikal kuasa besar dengan kaliiper brek BYBRE By Brembo, dan dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada kedua-dua roda.
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan monoshock prabeban di belakang, manakala bahagian roda menggunakan tayar tiubles bersaiz 110/70-R17 M/C 54S (depan) dan 150/60-R17 M/C 66S (belakang).
  • Rekabentuk ekzos kembar memberikan gaya sporty yang menarik dipandang.

Kehadiran Gixxer SF250 (2021) pasti menggembirakan peminat Suzuki di Thailand. Sebaliknya, peminat di Malaysia pula hanya mampu membaca spesifikasi dan brosur kerana masih menunggu Belang dan Gixxer yang belum tiba.

BACA >>> Suzuki Gixxer SF250 (2021) Baharu Lancar di Thailand Esok!
BACA >>> Suzuki Jepun Umum Warna Baharu Gixxer 150 (2021), Harga Kekal RM13.3k

suzuki gixxer headlight
2020-Suzuki-Gixxer-SF250-001
6pel39s8_suzuki-gixxer-sf-250-motogp-edition_625x300_07_August_19
new-suzuki-gixxer-sf-250-motogp
suzuki-all-new-gixxer-sf-250-20212649
suzuki gixxer 250 rear light
suzuki gixxer 250 brek
suzuki gixxer 250 usp
suzuki-gixxer-sf250-2021-thailand-1
suzuki-gixxer-sf250-2021-thailand-2
suzuki-gixxer-sf250-2021-thailand-3
suzuki-gixxer-sf250-2021-thailand-4
suzuki-gixxer-sf250-2021-thailand-5
suzuki-gixxer-sf250-2021-thailand-6
suzuki-gixxer-sf250-2021-thailand-7
suzuki-gixxer-sf250-2021-thailand-9

SUMBER: GreatBiker | SuzukiThailand

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki Gixxer SF 250, Suzuki Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev