Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Jepun Umum Warna Baharu Gixxer 150 (2021), Harga Kekal RM13.3k
Roda2

Suzuki Jepun Umum Warna Baharu Gixxer 150 (2021), Harga Kekal RM13.3k

ShawkathBy Shawkath05/03/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Motor Co Ltd mengemas kini naked bike Gixxer 150 dengan memperkenalkan tiga warna baharu, Triton Blue Metallic (biru), Glass Sparkle Black (hitam) dan Pearl Mira Red (merah), manakala harga kekal 352,000 yen (RM13,330), termasuk cukai 10 peratus.

Pilihan warna baharu ini akan ditawarkan bermula 24 Mac ini dan laporan awal mengesahkan semua spesifikasi awal trenkuasa sedia ada masih dikekalkan.

Gixxer 150 gaya sporty mula diperkenalkan sejak 2017 dan masih diminati golongan muda hingga hari ini. Berikut perincian naked bike ini:

  • Gixxer 150 berkongsi gaya sport Gixxer yang dipinjamkan daripada kelas motosikal besar dan ditawarkan di banyak pasaran Asean, tetapi bukan di Malaysia.
  • Menggunakan kowl daripada trend rekaan Eropah dan dipadankan dengan lampu depan, tangki minyak dan pelana tirus dua bahagian.
  • Dipasang lampu utama jenis LED, sistem brek cakera dengan sistem brek Anti-Kunci (ABS) hanya untuk tayar depan. Saiz cakera brek depan 266mm, manakala cakera belakang 220mm.
  • Kluster instrumen LCD jenis digital penuh yang memaparkan maklumat spidometer, takometer, odometer, indikator anjakan dan posisi gear, trip perjalanan, jam dan lampu amaran servis.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik dengan travel 41mm di depan, dan monoshock prabeban boleh laras 7-tetapan.
  • Ciri lain ialah dwi-ekzos pendek dan kapasiti tangki mampu mengisi 12 liter petrol.
  • Penggunaan petrol ialah 55.3km per liter.
  • Jurutera Suzuki turut menambah baik aspek kecekapan pembakaran dalaman dan mengurangkan kesan geseran untuk enjin 154cc bagi menambah baik prestasi pecutan dari kelajuan rendah. Kuasa maksimum ialah 13.4hp @ 8,000rpm dan tork 14Nm @ 6,000rpm.
  • Naked bike seberat 139kg ini memiliki ketinggian pelana 795mm.

BACA >>> #Spyshot: Suzuki Raider Dikesan Jalani Ujian di Malaysia?
BACA >>> Suzuki Malaysia Akan Bawa Masuk Gixxer?

SUMBER: BikeBros

Gixxer Suzuki Japan Naked Bike 150cc Suzuki Gixxer 150 Suzuki Gixxer 150 (2021) Underbone 150cc
Shawkath

Artikel Berkaitan

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang

21/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

20/01/2026
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

19/01/2026
Interkom ASMAX untuk penunggang
Aksesori

NKS Distributors Lancar Dua Peranti Interkom ASMAX, Empat Model Evangelion Edisi Terhad

19/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.