SEJAK pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran membanteras penggunaan 'ekzos perang' dalam kalangan penunggang seluruh negara, nampaknya ada peningkatan permintaan untuk ekzos standard di kedai aksesori, alat ganti dan pengedar rasmi pelbagai jenama motosikal.
Trend tersebut melibatkan permintaan dua kategori ekzos, iaitu stok baharu dari pihak pengilang dan terpakai, tetapi masih standard.
PERMINTAAN EKZOS MODENAS NAIK 5 PERATUS
Bagi meninjau situasi permintaan dan bekalan stok ekzos standard di pasaran, kami menghubungi beberapa pengedar utama, popular dan secara terus dari pengilang asal.
Menurut sumber Modenas, permintaan komponen ekzos standard, khususnya model Kriss Black Edition meningkat 5 peratus sejak awal tahun ini. Kami menjangka kenaikan itu disebabkan dua faktor, iaitu promosi jualan ekzos dilakukan Modenas sejak awal tahun ini, dan operasi 'ekzos perang' dilancarkan polis kebelakangan ini.
Kami juga dimaklumkan Modenas kini sedang berusaha menyediakan stok ekzos standard, tetapi bergantung kepada maklum balas daripada stokis atau pengedar.
Misalnya, pengedar Modenas di Kota Damansara ketika dihubungi mengesahkan mengalami kekurangan bekalan stok ekzos standard untuk motosikal kelas 200cc dan 400cc. Lebih mengejutkan, ada pengedar sudah kehabisan stok ekzos untuk kelas motosikal 200cc hingga 400cc sejak awal bulan ini.
Malah ada penjual alat ganti Modenas mempunyai pesanan tertangguh (back order) dengan tempoh menunggu hingga dua bulan atau lebih lama kerana perlu diimport dari India.
Ada juga beberapa pelanggan meminta bantuan pengedar dan penjual alat ganti Modenas supaya mencari ekzos terpakai kerana mahu membeli komponen tersebut untuk dipasangkan semula pada motosikal mereka. Bukan itu saja, permintaan komponen lain seperti gasket ekzos juga menjadi 'barang panas' apabila mula dicari ramai pemilik.
Menurut sumber itu;
Ekzos standard terpakai biasanya lebih murah 40-65 peratus dan bergantung kepada kondisi ekzos itu sendiri sama ada sudah lama digunakan, berkarat atau ditukar terus kepada produk aftermarket selepas mendapat motosikal."
Menurut sumber enggan dikenali itu lagi, kesilapan utama ramai pemilik motosikal adalah tidak membawa balik ekzos asal, sebaliknya ditinggalkan di kedai aksesori selepas mereka menukar ekzos aftermarket. Anggaran harga ekzos standard Pulsar NS200 ialah RM1,025, manakala RS200 lebih rendah, kira-kira RM1,000.
Puratanya, hanya dua atau tiga daripada 10 pelanggan bawa balik ekzos asal dan minta kami pasangkan semula,” kata sumber.
BACA >>> KPN: Tak Logik Ubah Suai Ekzos untuk Tambah Laju
HARGA EKZOS HONDA NAIK, MFORCE TIADA PERMINTAAN
Boon Siew Honda (BSH) pula memaklumkan menerima kenaikan permintaan ekzos standard untuk semua model dengan jualan pada kadar 5-10 peratus lebih tinggi.
Bagaimanapun, MForce Bike Holdings yang menawarkan jenama motosikal Benelli, SYM, Brixton, Keeway, WMoto, Niu dan SM Sport memberitahu tidak menerima permintaan luar biasa untuk ekzos standard sejak operasi khas ekzos bising bermula. Permintaan pelanggan masih sama dan pelanggan yang membeli pun disebabkan kes tertentu seperti terlibat kemalangan dan memerlukan alat ganti.
EKZOS YAMAHA HABIS STOK
Pengedar alat ganti Yamaha di Selangor mendakwa ramai pengedar kini tiada stok ekzos standard sejak operasi membanteras ekzos bising bermula. Malah pengedar juga masih menunggu bekalan ekzos standard daripada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).
Sumber kami itu menjelaskan sebelum operasi bermula, jualan ekzos standard tidak begitu drastik, tetapi situasi mula berubah baru-baru ini yang boleh dikaitkan dengan operasi dilancarkan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pelanggan dikatakan perlu menunggu dua bulan untuk menerima stok ekzos standard.
Respon pihak HLYM pula menjawab ringkas yang bekalan ekzos masih mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran motosikal jenama itu.
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ubah Suai Ekzos Tidak Boleh Tambah Kelajuan Motosikal?
BACA >>> Wazi Sokong KPN, Ubah Suai Ekzos Tidak Buat Motor Lebih Laju
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?
Leave a Reply