Ubah suai ekzos boleh tambah kelajuan motosikal adalah kepercayaan tidak logik."
ITULAH kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, hari ini berikutan trend kalangan penunggang motosikal tempatan yang suka menggunakan ekzos bising hingga mengganggu ketenteraman awam.
Abdul Hamid turut menegaskan belaiu mengarahkan PDRM menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menggandakan operasi memeriksa ekzos motosikal selepas mendapat banyak aduan awam mengenai bunyi ekzos terlalu bising hingga mengganggu keharmonian penduduk di kawasan perumahan.
Kebanyakan aduan itu datang daripada penduduk di kawasan perumahan kos rendah seperti PPR, dan setakat ini 15 operasi sudah dilakukan PDRM.
Beliau turut menafikan tuduhan PDRM sengaja menambah saman dan mencari duit untuk Kerajaan. Sebaliknya, operasi berkenaan dijalankan dengan niat untuk menambah keselesaan dan mengurangkan stres orang awam. Pada masa sama, operasi itu juga dibuat untuk keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain yang mungkin dilanggar kerana budaya liar seperti berlumba haram.
BACA >>> Isu Ekzos Bising, Polis Buru Pengusaha Bengkel Ubah Suai, Kustom Motosikal
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?
Kepercayaan tidak logik, pengubahsuaian eksoz kononnya boleh meningkatkan kelajuan motosikal - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador#AWANInews #HapusCOVID19 pic.twitter.com/IcaCNJGbn3
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) March 23, 2021
SUMBER: Astro Awani | Facebook Polis Diraja Malaysia
Jan says
Kegilaan apakah ini? Dah terbukti sejak sekian lama, pakai exhaust aftermarket mmg boleh naik performance. Atas dyno pun terbukti.