KEHADIRAN Yamaha Y16ZR dengan teknologi VVA membuatkan ramai peminat permotoran semalaysia teruja. Teknologi yang sebelum ini hanya ada pada model seperti NMAX, NVX 155 dan YZF-R15, tetapi kini sudah diberikan pada motosikal segmen kapcai yang mampu menambahkan prestasi enjin lebih baik.
Namun, tahukah anda bagaimanakah teknologi VVA berfungsi? Artikel ini akan menghuraikan secara ringkas mengenai teknologi berkenaan.
BACA >>> Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
BACA >>> #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
APAKAH VVA?
VVA ialah singkatan kepada Variable Valve Actuation (VVA), atau terjemahannya Penggerakan Injap Variabel. Teknologi ini membolehkan enjin menghasilkan kuasa optimum pada rev (rpm) tinggi dan rendah menerusi mekanisma aci sesondol (camshaft) dengan dua profil.
APA PULA CAMSHAFT DUA PROFIL?
Sesetengah camshaft hanya sesuai untuk memberikan kuasa pada rev rendah sebelum kehilangan kuasa pada rev tinggi. Sebaliknya, enjin dengan camshaft kelajuan tinggi mengambil sedikit masa untuk menghasilkan kuasa dan kurang daya kilas (torky).
Justeru penyelesaiannya adalah menggunakan camshaft dua profil pada enjin VVA, iaitu salah satu camshaft beroperasi pada rev rendah di bawah 6,000rpm. Kemudian, apabila rpm meligat lebih 6,000rpm, satu profil camshaft khas untuk rev tinggi akan mula berfungsi. Cuba lihat perubahan keluk tork (merah ke hijau) pada graf di bawah ini.
HASILNYA...
Penggunaan camshaft dua profil akan memberikan kuasa lebih seimbang dan ideal pada kedua-dua tahap kelajuan, rendah dan tinggi. Ini kerana camshaft akan bertukar pada profil bersesuaian yang sepadan tahap rpm, sekali gus mengelakkan simptom enjin kehilangan banyak kuasa.
Hasilnya, penunggang dapat merasakan kuasa enjin pada setiap tahap kelajuan. Penggunaan petrol juga dapat dijimatkan kerana enjin dapat bekerja lebih lancar. Huraian lebih lanjut mengenai cara VVA bekerja boleh tonton video di bawah ini:
Leave a Reply