• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Tambah Alat Ganti Skyline Lama, Guna Teknologi Robot dan Percetakan 3D

Nissan Tambah Alat Ganti Skyline Lama, Guna Teknologi Robot dan Percetakan 3D

March 20, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN mengembangkan program Nissan Heritage Parts dengan menambah beberapan komponen dan alat ganti asli yang tidak ditawarkan kepada pemilik  Skyline sebelum ini membabitkan model R32 hingga R34.

Awalnya, proses restorasi semula komponen Skyline itu menelan kos sangat tinggi kerana dihasilkan dalam skala kecil. Senarai komponen yang ditawarkan juga terhad. Namun, situasi bakal berubah dengan bantuan robot dan teknologi percetakan 3D. 

BACA >>> Restorasi Nissan Skyline GT-R Ini Mungkin Paling Mahal di Dunia, Cecah RM1.75 Juta

Teknologi robot akan digunakan dalam proses pembuatan panel belakang R32. Pelindung abah-abah (harness protector) pula menggunakan teknik percetakan 3D dengan kerjasama rakan industri, Solize Corporation dan HP Inc yang mana proses pembuatan dapat dilihat melalui video di akhir artikel ini.

Dua syarikat tersebut akan bekerjasama dengan Nissan dalam memilih komponen mana boleh dihasilkan semula melalui pembuatan aditif (additive manifacturing). Pelindung abah-abah adalah bahagian pertama dipilih untuk dibikin semula melalui percetakan 3D, manakala bahagian lain bakal menyusul.

Setakat ini, program Heritage Parts menawarkan 300 komponen Skyline, perbezaan besar berbanding katalog sebelumnya yang hanya menawarkan 80 komponen. Seiring kemajuan teknologi, tidak mustahil semua komponen Skyline dapat ditawarkan semula.

BACA >>> Nissan GT-R Milik Penjenayah Jadi Kereta Kurier Organ Manusia

SUMBER: Jalopnik

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 3d, 3D printing, HP, Nissan, Nissan GTR, Nissan Heritage Parts Program, r32, r33, r34, Robot, Skyline, Solize

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev