• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Kanan Menteri Patah Hidung Langgar Batang Besi Jatuh Atas Jalan

Orang Kanan Menteri Patah Hidung Langgar Batang Besi Jatuh Atas Jalan

March 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAUSAHA Sulit Kanan (SUSK) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengalami kecederaan apabila kereta jenis Proton X70 yang dipandunya terlanggar satu objek dipercayai batang besi atas jalan sebelum hilang kawalan dan merempuh pengadang kiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 malam di Kilometer 14.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Damansara, semalam. Mangsa dibawa ke hospital swasta di Ara Damansara untuk rawatan dan disahkan patah tulang hidung dan pipi.

X70 dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian cermin depan yang mana objek besi tersebut dipercayai terjatuh dari lori yang melalui jalan sama memandangkan tiada sebarang kerja pembinaan di lokasi berkenaan ketika insiden berlaku.

Kes kemalangan akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang melihat atau ada maklumat mengenai kemalangan tersebut menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-990 5570.

Beberapa media tempatan menyatakan mangsa ialah SUSK kepada Datuk Seri Mustapha Mohamed, tetapi identiti masih tidak didedahkan.

Sebelum ini, PLUS Malaysia pernah berkongsi laporan di Facebook mengenai 776 kes kemalangan berlaku di lebuh raya itu sepanjang tahun lalu adalah disebabkan objek terjatuh dari pelbagai kenderaan. Biasanya objek tersebut datang daripada kenderaan berat seperti lori atas kegagalan mematuhi aspek keselamatan untuk menutup dan mengikat barangan dibawa dengan selamat.

BACA >>> PLUS Dapat Anugerah Diraja UK untuk Inisiatif Keselamatan Jalan Raya Terbaik

SUMBER: Facebook

Related

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Lebuh Raya Plus, Objek terjatuh lori di PLUS, Proton X70, Setiausaha Sulit Kanan Datuk Seri Mustapha Mohamed

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev