• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Scammer Jual Ativa, Perodua Minta Pelanggan Waspada

Scammer Jual Ativa, Perodua Minta Pelanggan Waspada

March 11, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

323
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERODUA menggesa pembeli supaya hanya berurusan dengan pengedar dan penjual berdaftar sah supaya tidak diperdaya sindiket penipuan, terutama selepas pelancaran Ativa, 3 Mac lalu. 

Beberapa individu didapati menyamar sebagai penasihat jualan Perodua dengan meminta wang deposit daripada mangsa ke akaun peribadi mereka. Ada juga pihak menawarkan rebat palsu yang tidak pernah diberikan Perodua kepada pembeli Ativa.

BACA >>> Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!

Justeru bagi melindungi pelanggan daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab, Perodua berkongsi panduan urusan pembelian kereta baharu:

APA PERLU BUAT?

  • Hubungi atau kunjungi Pusat Jualan Perodua sah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan, atau layari laman web www.perodua.com.my atau mana-mana halaman media sosial rasmi di Facebook dan Instagram.
  • Layari laman web rasmi Perodua www.perodua.com.my untuk mendapatkan senarai  terkini dan tepat cawangan jualan dan
    servis seluruh negara berserta maklumat untuk dihubungi.
  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Perodua di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau kemukakan pertanyaan di https://www.perodua.com.my/contact-us.html sekiranya ada individu mengakui sebagai wakil jualan atau wakil servis Perodua, termasuk meminta memindahkan wang ke akaun peribadi.

APA PERLU ELAK?

  • Jangan segera menerima tawaran, sama ada atas talian atau cetak tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform atas talian rasmi di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram.
  • Jangan beri maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan  individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah.
  • Jangan buat sebarang pembayaran, termasuk beri pendahuluan (deposit) atau wang tempahan ke akaun bank peribadi milik penipu. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja.

BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya
BACA >>> Perbandingan: Kereta Apa Lagi Boleh Beli dengan Harga Perodua Ativa AV, RM72k?

Related

323
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: penyamar, Perodua, Perodua Ativa, Scammer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev