• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang

Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang

September 15, 2016 By Han Othman Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBENARNYA artikel ini pernah dimuat naik pada 2016 susulan insiden bayi perempuan maut akibat lemas selepas ditinggalkan dalam kereta lebih lima jam di Kulai, Johor (baca SINI). Bapa mangsa dikatakan terlupa bahawa isterinya sudah meletakkan anak mereka di kerusi belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh. Sebaliknya dia tidak ke rumah pengasuh, tetapi terus ke tempat kerja sebelum dimaklumkan sekitar jam 3 petang.

Kemudian, insiden sama turut menimpa seorang ibu, Hasmah Masroh di Port Dickson (baca SINI). Dia dilaporkan tertinggal anak perempuan yang berusia 2 tahun dalam kereta selama empat jam di parkir kereta pejabat. Mangsa sepatutnya dibawa bersama ke pejabat.

Kemudian, berlaku lagi insiden sama tahun lalu apabila seorang bapa tertinggal bayi perempuannya (baca: SINI), berusia sembilan bulan, dalam kereta selama empat jam kerana terlupa menghantar ke pusat jagaan.

Terbaharu, semalam (16/03/2021), seorang pengetua tadika tertinggal kanak-kanak berusia tiga tahun dalam keretanya. Mangsa diambil daripada keluarganya di rumah dan ada seorang lagi kanak-kanak, 5, turut bersamanya. Bagaimanapun apabila samapi di tadika, dia cuma menghantar seorang kanak-kanak, sebaliknya mangsa tertinggal di kerusi penumpang belakang kerana terlupa.

BACA >>> #Videotomotif: Budak 'Dipanggang' Dalam Kereta. Jangan Tidak Peduli, Mesti Peka dan Bertindak!

BUKAN KES PERTAMA

Insiden seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku di negara kita. Aada banyak kes membabitkan bayi dan kanak-kanak ditinggalkan ibu bapa mereka dalam kereta disebabkan terlupa. Ada yang berjaya diselamatkan, dan ada juga gagal.

Sebenarnya, insiden terlupa sebegini kerap berlaku apabila kita melakukan sesuatu di luar perkara rutin harian. Misalnya, setiap hari kita kebiasaannya cuma memandu terus ke tempat kerja. Masalah berlaku apabila ada hari tertentu yang memaksa kita menghantar sendiri anak ke rumah pengasuh atau taska. Sudahnya, anak dibiarkan tertinggal dalam kereta, di mana suhu pada tengah hari mampu mencecah lebih 100° Celsius

Sekali lagi kami siar semula tip yang dikongsi penulis Winter di Afrika, Zaila Mohamed Ali dalam status Facebooknya, Paola Kira Ewusi. Tip ini boleh diamalkan ibu bapa supaya tidak terlupa sedang membawa anak kecil dalam kereta. Mungkin agak leceh, tetapi anak adalah segalanyakan?

BACA >>> Hyundai Bangunkan ROAS, Sistem Amaran Elak Kanak-Kanak Tertinggal dalam Kereta

Berikut tip dikongsikan Zaila:


Sedikit saranan tambahan, kalau pembaca rasa leceh untuk baling selipar atau kasut ke belakang kereta setiap kali memandu, kami cadangkan supaya melakukannya setiap kali memandu dengan anak.

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Sembang Deras Tagged With: bayi maut ditinggalkan dalam kereta, kes bayi tertinggal dalam kereta, sembang deras, tip automobil, tip elak tertinggal anak dalam kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev