• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Honda Pandu Uji Prototaip Civic Hatchback (2022)

#Spyshot: Honda Pandu Uji Prototaip Civic Hatchback (2022)

March 16, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

399
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENAR, bukan Honda City saja, tetapi Civic juga akan datang dalam bentuk hatchback selain versi Si dan Type R. Peminat ‘H’ pasti melompat gembira dengan berita ini. 

Berdasarkan foto didedahkan portal Car and Driver, Honda kini sedang menguji Civic Hatchback di luar negara. Pada tahun lalu, Civic 11 Forum sudahpun membongkarkan rekabentuk Civic (2022) versi sedan menerusi gambarajah paten di Australia.

BACA >>> Perbandingan: Foto Paten vs Imej Video Acah Honda Civic (2022)

Gambarajah paten Honda Civic sedan generasi ke-11

Prototaip terbaharu ini menunjukkan Civic (2022) akan tampil dengan rekabentuk lebih clean’dan kurang agresif seperti Accord yang juga berbeza daripada gaya agresif dan penuh lekuk tajam seperti generasi ke-10. 

Pengeluaran sedan dijadualkan bermula musim bunga (Mac-Jun) tahun ini, manakala model hatchback yang dibina di Amerika Syarikat (AS) akan menyusul tidak lama selepas pelancaran sedan. Seperti semua tahu, selain dua model itu, Civic (2022) juga akan didatangkan dalam varian Si dan Type R. 

BACA >>> Honda Civic Facelift (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM113k!

Screenshot 2021-03-10 at 11.07.58 AM
Screenshot 2021-03-10 at 11.07.34 AM

Model prototaip ini menggunakan rim hitam 19 inci yang mungkin eksklusif untuk varian prestasi tinggi seperti model Si. Ciri lain dimiliki ialah kluster instrumen digital dan unit infotainment 9 inci dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto. 

Honda masih belum mendedahkan perincian trenkuasa Civic baharu itu. Namun, pengeluar asal Jepun tersebut dikatakan akan menambah baik aspek prestasi dan pengendalian. Pada masa sama, sistem transmisi manual juga akan ditawarkan.

Kehadiran Civic hatchback pasti dinantikan peminat, tetapi setakat ini masih belum ada sebarang berita mengenai kemasukan model tersebut ke pasaran Malaysia. Faktanya, City hatchback pun sudah lancar di Thailand dan Indonesia, apa khabar pula daripada Honda Malaysia?

Kita tunggu dan lihat saja…

BACA >>> Honda Civic Generasi ke-11 Lancar Suku Pertama 2021?
BACA >>> Harga Honda City Hatchback Bocor di Indonesia, Masuk Malaysia Tahun Ini?

SUMBER: caranddriver.com | civic11forum.com

Related

399
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hatchback, Honda, Honda Civic (2022), Honda Civic Hatchback, Honda Civic Sedan, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev