• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sekawan Rusa Lintas Jalan Mengejut, Pemandu BMW Ini Buat Tindakan Keselamatan Betul

Sekawan Rusa Lintas Jalan Mengejut, Pemandu BMW Ini Buat Tindakan Keselamatan Betul

March 9, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

556
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MALANG tidak berbau. Mungkin ini peribahasa paling sesuai boleh digunakan untuk dua pemandu dari Poland ini apabila kereta dinaiki mereka dilanggar sekumpulan rusa yang sedang berlari menyeberang jalan. 

Video tersebut menunjukkan dua kereta sedang menelusuri jalan raya yang dikelilingi hutan. Awalnya, suasana nampak normal hingga tiba-tiba muncul sekawan rusa berlari melintas jalan dari kiri jalan. Pemandu BMW 5 Series di depan dirakamkan membrek mengejut supaya tidak terlanggar rusa tersebut, tetapi sudah terlambat kerana beberapa ekor lain gagal mengelak kereta yang sudah berhenti itu.

Apapun, pujian harus diberikan kepada dua pemandu tersebut kerana tidak panik dengan situasi berkenaan. Kedua-duanya melakukan tindakan yang tepat dan betul iaitu cuba menghentikan kenderaan secepat mungkin.

TEKNIK BETUL ELAK HAIWAN MELINTAS

Sebenarnya, itulah reaksi yang patut dilakukan seseorang pemandu jika berdepan situasi haiwan melintas jalan. Anda sepatutnya kekal dalam posisi memandu sedia ada dan terus membrek. Ingat, jangan sesekali cuba mengelak ke kiri atau kanan jalan kerana berisiko terbabas, atau merempuh haiwan tersebut.

Cara sama juga terpakai apabila berdepan haiwan lain yang sedang melintas jalan seperti lembu, kambing, tenuk, ayam dan lain-lain. Alasannya, haiwan itu sedang bergerak dan bukan dalam keadaan statik seperti sedang tidur atau bersantai atas jalan. Jadi, tidak mengelak adalah lebih selamat. Ini kerana ketika cuba mengelak ke kiri, ada kebarangkalian haiwan itu turut melompat atau berlari ke arah sama, sekali gus membuatkan situasi jadi lebih teruk.

Jadi, dalam kes haiwan bergerak atau melintas jalan, sila kekal dalam posisi pemanduan sedia ada dan terus saja tekan brek.

BACA >>> Kucing Atas Bumbung Tak Mahu Turun Punca Tren Batal Perjalanan
BACA >>> Penunggang Motosikal Negeri Montana di Amerika Dibenarkan 'Cilok'

SUMBER: youtube.com/stopcham

Related

556
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW 5 Series, kemalangan, rusa, Videotmotif, YouTube

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev