SHELL Malaysia melancarkan kempen 'Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza' dalam memperbaharui dan mempromosikan manfaat utama produk Shell Fuelsave 95 , iaitu lebih kilometer untuk perjalanan harian.
Diformulasikan teknologi DYNAFLEX, Shell Fuelsave 95 memberikan lebih kilometer dengan:
- Ekstra Penjimatan - Mengurangkan geseran hingga 90 peratus pada bahagian enjin untuk memaksimumkan penjimatan petrol.
- Ekstra Bersih - Menghindarkan 95 peratus pembentukan deposit untuk enjin lebih bersih.
- Ekstra Perlindungan - Melindung enjin daripada kehausan, kakisan dan pembentukan deposit dengan formula 'Triple Action'.
Manfaat utama itu seiring penemuan kajian pengguna yang mendedahkan kecenderungan rakyat Malaysia memilih jenis bahan api berkualiti yang mampu menawarkan 'jarak perjalanan lebih baik' dan 'menjimatkan kos'. Berdasarkan dapatan kajian itu, Shell mengorak langkah melancarkan kempen baharu untuk memberikan apa dimahukan rakyat Malaysia, iaitu bahan api berkualiti tinggi dengan ekstra kilometer, tanpa kos tambahan.
Sempena pelancaran 'Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza', Shell turut menyiarkan video kempen yang menyatakan tidak semua minyak sama dengan menunjukkan ciri 'Ekstra' pada minyak jenama itu. Video tersebut boleh diakses dengan mengimbas kod QR di bawah.
Pada masa sama, Shell turut bekerjasama dengan Bonuslink untuk memberikan 4 kali ganda mata ganjaran kepada pelanggan untuk isian minyak minimum RM50 di stesen jenama itu.
BACA >>> Kucing Atas Bumbung Tak Mahu Turun Punca Tren Batal Perjalanan
BACA >>> Penunggang Motosikal Negeri Montana di Amerika Dibenarkan 'Cilok'
Leave a Reply