• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tukar Hon Aneka Bunyi Boleh Kena Denda Maksimum RM2k, atau Jel 6 Bulan

Tukar Hon Aneka Bunyi Boleh Kena Denda Maksimum RM2k, atau Jel 6 Bulan

March 8, 2021 By Han Othman Leave a Comment

645
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS polis melancarkan operasi ekzos bising bersar-besar, kini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula mahu menguatkuasakan larangan penggunaan hon aneka bunyi, dan jika didapati bersalah bolehn didenda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Penguatkuasaan terbaharu itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib yang mendedahkan Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama sudah dilancarkan sejak 1 Mac lalu di sekitar Selangor selepas mendapat aduan orang awam.

Operasi terpaksa dibuat memandangkan penggunaan hon aneka bunyi semakin banyak digunakan kenderaan, terutama kalangan pemandu lori dan bas. Menurut Nazli lagi, hon adalah antara instrumen penting sesebuah kenderaan yang berfungsi memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalan raya lain menerusi sistem bunyi.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/03/hon-aneka-bunyi.mp4

Contoh bunyi hon aneka bunyi yang kini menjadi trending kalangan pemandu lori dan bas.

Bagaimanapun, penggunaan hon aneka bunyi jelas mengelirukan pengguna jalan raya lain mengenai isyarat yang mahu disampaikan selain mengganggu ketenteraman awam jika dibunyikan di kawasan perumahan.

Justeru tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana pesalah boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan. Malah, tindakan memasang hon aneka bunyi secara aksesori (retrofit) juga boleh disaman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'memasang hon melebihi satu nada'.

Jika ditahan, pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan hon tersebut ditanggalkan sebelum Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) dikeluarkan. Kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut.

Berdasarkan tinjauan kami, aksesori hon aneka bunyi itu ada dijual secara atas talian pada harga serendah RM40 hingga RM100.

BACA >>> Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
BACA >>> Tidak Perlu Risau Lagi Potong Lori, Samsung Tunjuk Prototaip Teknologi Skrin Belakang

Related

645
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hon Aneka Bunyi, Hon Bas, Hon Lori, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Nazli Md Taib

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my