• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Treler Langgar Perancah Besi Positif Dadah

Pemandu Treler Langgar Perancah Besi Positif Dadah

March 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU treler yang terlibat dalam kemalangan di projek pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) semalam hingga meragut dua nyawa didapati positif dadah jenis metamfetamin.

Ujian saringan urin ke atas pemandu berumur 40 tahun itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan individu tersebut kini direman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam insiden petang semalam, treler dipandu suspek melanggar struktur binaan berkenaan hingga meruntuhkan perancah besi dan menghempap sebuah van kilang dinaiki empat wanita dan seorang pemandu lelaki. Dua wanita dilaporkan maut.

BACA >>> Dua Maut, Van Kilang Remuk Kena Hempap Perancah Besi Lebuhraya SUKE
BACA >>> Abai Keselamatan, Kontraktor SUKE Kena Denda RM180,000

Mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Nurina Edwin Abdullah, 47, dan Norhayati Abdullah, 42, manakala pemandu van kilang, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, dilaporkan mengalami pendarahan dalaman dan patah tulang bahu kiri serta bengkak paru-paru. Dua pekerja kilang wanita terselamat ialah Zaitun Zainal, 54, yang cedera kaki kiri dan Zakiyyah Yakop, 51, cedera betis kiri.

Van kilang itu datang dari Ampang, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke sebuah kilang di USJ 1, Subang Jaya sebelum dihempap sisa runtuhan akibat impak pelanggaran treler berkenaan.

Pelanggaran treler itu menyebabkan kerangka besi runtuh pada kedua-dua arah laluan dekat Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS). Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kemalangan treler MRR2, Lebuhraya SUKE, Pemandu treler positif dadah, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Van Kilang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev