• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Abai Keselamatan, Kontraktor SUKE Kena Denda RM180,000

Abai Keselamatan, Kontraktor SUKE Kena Denda RM180,000

December 17, 2020 By Azizi H Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KONTRAKTOR utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) didenda RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak binaan lebuh raya itu hingga menyebabkan kemalangan.

Insiden berlaku pada 19 September lalu menyebabkan seorang wanita nyaris maut apabila bumbung keretanya remuk akibat ditimpa konkrit daripada struktur pembinaan SUKE yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Senator Md Nasir Hashim berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalankan prosiding Tindakan Tatatertib Kontraktor pada 17 November lalu dan menjatuhkan penalti ke atas kontraktor utama dan subkontraktor projek SUKE Pakej CA2.

Kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti RM80,000, manakala subkontraktor Makna Setia Sdn Bhd berjumlah RM100,000.

Kedua-dua kontraktor itu didenda mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), iaitu di bawah kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, siasatan CIDB mendapati, subkontrator berkenaan gagal mematuhi prosedur kerja yang betul dan diperakui perunding projek, serta tidak menggajikan penyelia tapak diakreditasi.

Menerusi prosiding tatatertib itu, subkontraktor turut diarahkan membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan supaya keselamatan orang awam, jajaran projek, amalan cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak binaan terjamin sepanjang tempoh projek dilaksanakan.

BACA >>> Semua Plaza Tol LEKAS Kini Ada Akses RFID
BACA >>> Polis Britain Naik Taraf Kamera Perangkap Halaju Baharu, Kini Ada Mod Malam
BACA >>> Bukan Kena Hempap Konkritlah...

SUMBER: Bernama

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Datuk Seri Fadillah Yusof, Kontraktor DUKE Kena Penalti, Lebuh Raya, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Makna Setia Sdn Bhd, MRCB Builders Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my