Honda USA pada 2 Mac lalu melancarkan MSX 125 Grom (2021) sebagai salah satu barisan produk motosikal baharu jenama itu. Walaupun tiada lagi berita rasmi mengenai funbike ini untuk pasaran Malaysia, kami ingin berkongsi tentang rekabentuk luaran Grom untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) yang lain daripada lain.
Selain warna biasa yang ditawarkan untuk model 2022 iaitu kuning dan hitam metalik, pengguna di AS turut ditawarkan versi grafik lebih menarik, MSX 125 Grom SP.
Versi SP (2022) didatangkan dengan seragam oldskool HRC dalam warna merah, putih dan biru dengan rim emas. Namun, tiada perbezaan prestasi berbanding Grom biasa, tetapi tidak dinafikan versi ini lebih cantik.
Berat MSX 125 Grom (2021) juga 0.9kg lebih ringan berbanding model terdahulu. Enjin baharu model ini menggunakan nisbah mampatan 10:1 dengan talaan suntikan bahan api baharu untuk kuasa lebih baik. Penambahan satu gear menjadikan kelajuan maksimum Grom mencapai 100kmj (59mph) berbanding model lama yang hanya 90kmj.
Adakah Grom versi SP hanya eksklusif untuk pasaran AS sahaja? Adakah anda juga ‘teracun’ melihat model ini dan teringin memilikinya? Sebagai makluman, negara jiran, Thailand pun baru membawa masuk model ini. Mungkin ada berita baik daripada Boon Siew Honda (BSH).
BACA >>> Isi Minyak Hijau Petronas Sekarang! Mana Tahu Menang Kondo, Mercedes-Benz!
BACA >>> BMW 430i Coupe M Sport Kini di Malaysia! Harga RM454k dengan Pakej RM5,048 Sebulan
SUMBER: jalopnik.com | roadracingworld.com
Leave a Reply