• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Populariti SUV Jejaskan Alam Sekitar?

Populariti SUV Jejaskan Alam Sekitar?

March 18, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA tahun kebelakangan ini  kenderaan utiliti sukan (SUV) menjadi ‘angsa bertelur emas’ untuk pengeluar kereta yang sedang bergelut. Hanya menambah beberapa inci ketinggian (ride height) sesebuah kereta, persepsi pembeli seakan terus berubah dan tertarik hendak membeli. Namun, kisah itu tidaklah indah semata. 

Populariti SUV yang dikuasakan petrol dalam pasaran mula menunjukkan kesan terhadap alam sekitar. Berdasarkan data didedahkan pembekal global bagi kecerdasan perniagaan automotif dari Britain, JATO Dynamics, purata pengeluaran gas karbon dioksida (CO2) sepanjang tahun lalu bagi industri automotif bersamaan rekod 2014.

Data itu dianggap kemerosotan jika mengambil kira masa dan usaha dilaburkan untuk membangunkan enjin yang lebih mesra alam.

TINDAKAN EU

Nissan LEAF (2021)

Justeru bagi menangkis masalah tersebut, Kesatuan Eropah (EU) menetapkan sasaran berperingkat yang perlu diikut setiap pengeluar. Sasarannya, setiap kereta perlu mengeluarkan CO2 secara purata 95g/km atau bayar denda jika gagal melakukannya. Pada penghujung 2019, industri automotif Eropah secara purata melepaskan lebih 27.2g/km CO2 berbanding sasaran ditetapkan.

Bagaimanapun, sesetengah pengeluar seperti Toyota, Citroën dan Nissan mula menyelesaikan masalah tersebut dengan cara berbeza. Toyota seperti mudah menyesuaikan diri dengan enjin hibrid yang kini menjadi fokus pengeluar itu sejak sekian lama. Citroën pula menumpukan kepada jualan kereta kecil dan ringan, manakala 9 peratus jualan Nissan Eropah disumbangkan kereta eletrik LEAF yang mengimbangkan 72 peratus jualan diperoleh daripada produk SUV.

Walaupun pengeluar lain bergelut masalah lebih besar, pengeluar disebutkan di atas juga merasakan tekanan sama. Sebenarnya, cuma ada satu jawapan kepada permasalahan berkenaan, iaitu jika mahu terus menghasilkan produk SUV, ekstra pelaburan perlu dilakukan dalam membangunkan kereta hibrid dan eletrik.

BACA >>> BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi CKD Kini di Malaysia! Harga RM708k
BACA >>> BSH Perkenal Honda Wave 125i (2021) Baharu, Harga RM6.4k

SUMBER: AutoCar.co.uk

Related

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Citroen, EU, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Roda4, SUV, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev