Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sertai Kempen ‘1 Million Dreams’, dan Menang 7 Model Honda Edisi Khas!
Auto Terkini

Sertai Kempen ‘1 Million Dreams’, dan Menang 7 Model Honda Edisi Khas!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/03/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia menawarkan tujuh model edisi khas untuk dimenangi dalam kempen ‘1 Million Dreams‘ bermula 25 Februari hingga 24 Mac ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang memberi sokongan dan membantu wakil pengedar itu mencatat rekod jualan sejuta unit kenderaan.

Tujuh model Honda edisi khas itu terdiri daripada Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, CR-V dan Accord.

Peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam mana-mana enam aktiviti disediakan untuk membawa pulang tujuh model edisi khas tersebut dengan menghantar seberapa banyak penyertaan kepada pengedar rasmi Honda atau melalui laman web rasmi Honda Malaysia.

Peserta juga boleh mengumpul penyertaan dengan memuat turun dan mendaftar aplikasi HondaTouch, dan bermain Permainan Kuiz 1 Million Dreams di laman web Honda Malaysia (>www.honda.com.my). Anda juga boleh mencuba nasib sepanjang tempoh kempen dengan:

  • Pandu uji kereta Honda.
  • Buat tempahan kereta baharu Honda.
  • Servis atau baik pulih kereta Honda.
  • Mendaftar kereta Honda baharu.

Lebih borang penyertaan dihantar, lebih cerah peluang menang model edisi khas ditawarkan.

Honda Malaysia turut menyusun beberapa aktiviti menarik sepanjang kempen 1 Million Dreams menerusi pengedar seluruh negara dan juga pameran 1 Million Dreams Exhibition. Ini termasuk memperuntukkan satu daripada tujuh hadiah model edisi khas itu kepada seorang petugas barisan hadapan sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan dan dedikasi.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Debut! Kini Lebih Slik dan Anggun
BACA >>> #BikinMotor: Bengkel Thailand Perkenal Kit Naik Taraf Honda GROM

LAGI HADIAH KERETA, 5 JUTA ‘SHOPEE COIN’

Honda Malaysia turut menjalin kerjasama khas dengan rakan jenama CUCKOO, Shopee dan Watsons denngan mengagihkan sejuta Shopee coin kepada 150 pemenang bertuah setiap minggu. Juga ada 5 juta Shopee coin untuk dimenangi sepanjang tempoh kempen berkenaan.

Jika membeli mana-mana produk Beyond Standards CUCKOO atau tilam A-Series, anda mungkin berpeluang memandu pulang sebuah kereta Honda baharu.

Kerjasama dengan Shopee bakal menyaksikan seorang individu bertuah memenangi sebuah Honda HR-V edisi khas, iaitu dengan bermain permainan ‘Shopee Lucky Prize’ dalam aplikasi Shopee.

Watson pula menyediakan sebuah Honda BR-V edisi khas kepada seorang pelanggan setia syarikat itu, iaitu dengan berbelanja lebih RM50 dalam satu resit tunggal di mana-mana premis fizikal Watson atau secara atas talian.

1 Million Dreams 1 Million Dreams Campaign Auto Terkini Honda Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    11/03/2026
    Roda4

    Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    11/03/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

    11/03/2026

    1 Comment

    1. rose on 04/04/2021 14:16

      bila announcement pemenang shoppee lucky prize honda hrv akan diadakan?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.