• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Bengkel Thailand Perkenal Kit Naik Taraf Honda GROM

#BikinMotor: Bengkel Thailand Perkenal Kit Naik Taraf Honda GROM

February 24, 2021 By Aryon 1 Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JARANG kita dapat lihat modifikasi model fun bike seperti Honda GROM (Malaysia: MSX). Inilah dilakukan bengkel ubah suai motosikal dari Thailand, K Speed Custom yang bukan saja mengubah gaya, tetapi juga prestasi model cilik itu.

Honda GROM asal tanpa modifikasi.

Ada 15 naik taraf dilakukan pada model dinamakan Super GROM ini yang melibatkan aspek dan mekanikal. Semua modifikasi itu ditawarkan menerusi pakej kit naik taraf khas dalam tiga pilihan warna, iaitu merah-hitam, hitam dan biru-hitam.

BACA >>> 32 Aksesori Original Buat Pemilik Honda MSX125

Penampilan paling ketara ialah bahagian depan dengan fender paruh burung yang memberikan penampilan seakan jentera motocross. Begitu juga fairing tangki yang membuatkan model itu tampak lebih gemuk dan maskular. Super GROM versi K Speed Customs ini juga ditambahkan set tayar off-r0ad bunga tebal. Bagaimanapun, ubah suai tayar ini tidak termasuk dalam pakej naik taraf ditawarkan.

Perubahan lain, signal belok jenis capang yang menjulur keluar atas lampu utama kini diubah kepada unit LED kompak, manakala tuil brek dan klac diberikan gad pelindung tambahan. Lagi modifikasi paling menonjol ialah ekzos baharu jenama Diablo yang lebih pendek dan nampak klasik.

Bahagian belakang juga nampak lebih bersih selepas menanggalkan fender atas, dan dipasangkan pemegang plat jenis gantung pada tayar. Menurut K-Speed Customs, pakej kit ubah suai itu berharga 27900 baht (RM3,750).

BACA >>> #BikinMotor: Modenas V15 Jadi Fun Bike, Paduan Gaya Chopper, BMX dan Honda Dax
BACA >>> Thailand Lancar Honda GROM (2021) Generasi Baharu, Ada Brek ABS, Harga RM9.3k

honda-grom-k-speeds-customs-1
honda-grom-k-speeds-customs-2
honda-grom-k-speeds-customs-3
honda-grom-k-speeds-customs-4
honda-grom-k-speeds-customs-5
honda-grom-k-speeds-customs-6
honda-grom-k-speeds-customs-7

Related

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Auto, bikin motor, Honda Grom, Honda Grom (2021), Honda MSX, K-Speed Customs, Thailand

Comments

  1. Media Klik says

    April 22, 2021 at 9:26 AM

    Thailand dengan sukan permotoran memang cepat maju sejak kebelakangan ini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev