• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar Honda GROM (2021) Generasi Baharu, Ada Brek ABS, Harga RM9.3k

Thailand Lancar Honda GROM (2021) Generasi Baharu, Ada Brek ABS, Harga RM9.3k

October 27, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

451
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Thailand
melakukan debut global model minibike GROM generasi baharu (turut dipanggil MSX), termasuk varian baharu yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Sebenarnya, Thailand sama juga seperti Malaysia dan negara Aseab lain yang menggunakan nama MSX untuk model ini. Cuma pasaran luar seperti Amerika Syarikat (AS), MSX dijenamakan sebagai GROM.

BACA >>> HRC Perkenal Honda MSX125 Grom Versi Lumba

GROM (2021) tampil lebih menarik, terutama bahagian lampu depan jenis oktagon. Jika diteliti, dua unit lampu LED dua kluster terpisah sebelum ini sudah disatukan kepada satu unit.

honda-grom-2021-thailand-headlamp
Grom_8
honda-grom-2021-thailand-ekzos

Spidometer jenis LCD penuh kini berbentuk segiempat dan sudah ada petunjuk gear. Perubahan lain ialah sistem ekzos Grom yang agak mengejutkan. Jujur dinyatakan di sini, bentuk lampu depan dan ekzos amat hambar pada pandangan penulis.

Pujian boleh diberi kepada Honda kerana ada keberanian memperkenalkan teknologi sistem ABS pada model mini ini pada ketika banyak pengeluar lain enggan berbuat demikian atas alasan faktor harga. Honda menyatakan sistem brek GROM disatukan dengan G-Sensor, satu teknologi yang didakwa boleh ditemui pada kereta-kereta dalam sukan lumba.

Malang sekali, model generasi baharu ini tidak menerima enjin baharu tetapi kekal dengan trenkuasa 4-lejang berkapasiti 125cc berkuasa 9.2hp @ 7,000rpm dan tork 10.6Nm @ 5,500rpm.

GROM (2021) didatangkan dengan klac tangan dan kotak gear adalah jenis manual 5-kelajuan. Hantara petrol ke kebuk pembakaran adalah melalui teknologi suntikan bahan api PGM-FI. Model ini menggunakan fork terbalik (USD), rim aloi 12 inci dan brek cakera pada kedua-dua roda.

Berikut pilihan varian dan warna berserta harga GROM (2021) baharu.

  • ABS - 77,400 baht (RM10,290), hitam-kelabu
  • Standard - 69,900 baht (RM9,300), merah-hitam, biru-hitam dan hitam

Menariknya, Grom baharu ini boleh dikustomkan mengikut cita rasa sendiri. Pada majlis pelancaran, Honda mendedahkan tiga gaya kustom unik berasaskan gaya advencer, scrambler dan motard.

MSX (atau Grom) mula debut di Thailand pada 2013 dan setahun kemudian minibike ini masuk pasaran Vietnam yang kini sudah generasi kedua. Atas kertas, model Honda ini akan bersaing dengan Benelli TNT 125 atau TNT 135 dan Kawasaki Z125 yang kedua-duanya tidak dilengkapi ciri ABS.

BACA >>> Dokumen Paten Honda MSX125 Facelift Bocor, Kini Lampu Bulat

GALERI
honda-msx-grom-2021-thailand
Grom_5
Grom_8
Grom_7
Grom_9
honda-grom-2021-thailand-transmisi-5-kelajuan
honda-grom-2021-thailand-headlamp
honda-grom-2021-thailand-ekzos
honda-grom-2021-thailand-abs-dan-g-sensor
Grom_2
Grom_1
Grom_3
Grom_4

SUMBER: HondaThailand | ZingNews

451
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Grom (2021), Honda Thailand, minibike, Motosikal Mini, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my