• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Buka Operasi R&R, Hentian Sebelah Hingga 12 Tengah Malam di Negeri PKPB

PLUS Buka Operasi R&R, Hentian Sebelah Hingga 12 Tengah Malam di Negeri PKPB

February 23, 2021 By Azhan O Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan membuka semua kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah dengan waktu operasi seperti berikut:

  • 6 pagi - 12 tengah malam - untuk negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) - Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah dan Terengganu)
  • 6 pagi - 10 malam - untuk negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang

Pembukaan semua kawasan R&R dan hentian sebelah itu adalah di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan, iaitu ruang makan dengan kapasiti tempat duduk mengikut saiz meja dan mengamalkan penjarakan fizikal. PLUS juga menyatakan akan menjalankan kerja pembersihan dan penyelenggaran lebih kerap serta secara berskala untuk keselesaan pelanggan.

Sepanjang tempoh PKP dan PKPB juga PLUS turut membuka semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau selama 24 jam dengan menjalankan pembersihan berjadual lebih kerap.

Pelanggan juga boleh membuat Pra-Ppesanan makanan menerusi Aplikasi PLUS atau klik https://orderdisini.plus.com.my/. Pelanggan juga boleh melayari Facebook rasmi PLUS Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai fungsi Pra-Pesanan.

PLUS juga menggalakkan pelanggan memuat turun Aplikasi PLUS untuk merancang perjalanan di lebuh raya dengan mengetahui maklumat trafik terkini dan paparan kamera litar tertutup (CCTV) mengenai keadaan trafik di lokasi-lokasi kritikal lebuh raya. Ini turut menyediakan butang kecemasan SOS untuk bantuan kecemasan.

 

Aplikasi tersebut turut dilengkapi dengan Chatbot PUTRI yang memudahkan pelanggan berinteraksi secara digital bagi mengendalikan sebarang pertanyaan atau maklum balas serta fungsi Pra-Pesanan Makanan. Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store untuk peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone.

BACA >>> Filipina Buka Skyway Stage 3, Bakal Jadi Lebuh Raya Bertingkat Terpanjang Dunia
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKP, PKPB, PLUS, Waktu Operasi PLUS 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev