Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS Buka Operasi R&R, Hentian Sebelah Hingga 12 Tengah Malam di Negeri PKPB
Auto Terkini

PLUS Buka Operasi R&R, Hentian Sebelah Hingga 12 Tengah Malam di Negeri PKPB

Han OthmanBy Han Othman23/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan membuka semua kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah dengan waktu operasi seperti berikut:

  • 6 pagi – 12 tengah malam – untuk negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) – Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah dan Terengganu)
  • 6 pagi – 10 malam – untuk negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang

Pembukaan semua kawasan R&R dan hentian sebelah itu adalah di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan, iaitu ruang makan dengan kapasiti tempat duduk mengikut saiz meja dan mengamalkan penjarakan fizikal. PLUS juga menyatakan akan menjalankan kerja pembersihan dan penyelenggaran lebih kerap serta secara berskala untuk keselesaan pelanggan.

Sepanjang tempoh PKP dan PKPB juga PLUS turut membuka semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau selama 24 jam dengan menjalankan pembersihan berjadual lebih kerap.

Pelanggan juga boleh membuat Pra-Ppesanan makanan menerusi Aplikasi PLUS atau klik https://orderdisini.plus.com.my/. Pelanggan juga boleh melayari Facebook rasmi PLUS Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai fungsi Pra-Pesanan.

PLUS juga menggalakkan pelanggan memuat turun Aplikasi PLUS untuk merancang perjalanan di lebuh raya dengan mengetahui maklumat trafik terkini dan paparan kamera litar tertutup (CCTV) mengenai keadaan trafik di lokasi-lokasi kritikal lebuh raya. Ini turut menyediakan butang kecemasan SOS untuk bantuan kecemasan.

 

Aplikasi tersebut turut dilengkapi dengan Chatbot PUTRI yang memudahkan pelanggan berinteraksi secara digital bagi mengendalikan sebarang pertanyaan atau maklum balas serta fungsi Pra-Pesanan Makanan. Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store untuk peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone.

BACA >>> Filipina Buka Skyway Stage 3, Bakal Jadi Lebuh Raya Bertingkat Terpanjang Dunia
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman

Auto Terkini Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) PKP PKPB PLUS Waktu Operasi PLUS 2021
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
Auto Terkini

RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

08/06/2026
Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
Roda4

Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

08/06/2026
Roda4

Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

08/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.