• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Pemandu Myvi Sondol Belakang Van Negatif Dadah, Kini Direman

#Tular: Pemandu Myvi Sondol Belakang Van Negatif Dadah, Kini Direman

February 23, 2021 By Han Othman Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang merempuh kuat sebuah van dan Proton Waja di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang, Selangor, pada jam 2 petang semalam.

Berdasarkan rakaman video tular semalam, suspek berusia 26 tahun itu didapati memandu laju hingga merempuh belakang sebuah van, termasuk sebuah Waja dari satu jalan lurus dekat satu persimpangan tanpa lampu isyarat. Malah hampir melanggar penunggang motosikal di sebelah. Impak daripada rempuhan itu menyebabkan pemandu van kini parah.

Pemandu van itu kini berada di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, dan butiran mengenai mangsa masih belum diperoleh polis daripada hospital.

Suspek juga cuba melarikan diri tetapi ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis. Bagaimanapun, menurut laporan susulan Bahagian Siasaran dan Penguatkuasaan (BSJT) Polis Diraja Malaysia, ujian saringan air kencing suspek ialah negatif dadah dan dia juga tiada sebarang rekod jenayah. Polis kini akan menjalankan ujian alkohol terhadap suspek.

Pemandu bakal direman di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 8 Perkara Ini untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal!
BACA >>> #ApaNakBuat: Alamak, Ada Kemalangan! Cepat Lakukan 10 Perkara Ini!

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, kemalangan jalan raya, Pemandu Myvi Rempuh Belakang Van, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev