TRIUMPH Motorcycles Malaysia melancarkan Trident 660 (2021) untuk pasaran Malaysia pada harga jualan RM43,900, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Jika memilih warna premium, pembeli perlu menambah ekstra RM1,000, iaitu RM44,900 dan model itu kini sudahpun berada di bilik pameran Triumph seluruh negara sejak 20 Februari lalu.
Atas kertas, Trident 660 (2021) akan berentap dengan pesaing seperti model 4-silinder Honda CB650R (RM43,499), dan dwi-silinder Kawasaki Z650 ABS (RM35,609) dan Yamaha MT-07 (RM38,888).
Berikut perincian spesifikasi Trident 660 (2021):
- Dijana enjin 4-lejang 12-injap 3-silinder 660cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 80hp @ 10,250rpm dan tork 64Nm @ 6,250 rpm. Hantaran tork dibuat dalam 90 peratus julat rev yang membuatkan model ini mudah ditunggang semua penunggang pelbagai tahap kemahiran.
- Transmisi manual 6-kelajuan dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
- Didatangkan dengan sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper 2-piston (depan), dan cakera tunggal 255mm dengan kaliper piston tunggal Nissin (belakang).
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran kini menjadi ciri standard.
- Ada dua mod tunggang, iaitu Road dan Rain dengan kawalan traksi boleh ubah menerusi pilihan pada kluster instrumen dan terotel elektronik ride-by-wire.
- Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm dengan fungsi pisah (SFF) pada setiap kaki fork, dan bukan jenis boleh laras. Suspensi belakang menggunakan monoshock Showa dengan peredam prabeban boleh laras.
- Berat 189kg, tinggi pelana 805mm.
- Kluster instrumen bulat jenis LCD TFT warna dengan latar hitam, manakala sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh. Lampu utama dalam unit tunggal bulat bagi mengekalkan ciri tradisional model berkenaan.
- Ada empat warna pilihan, iaitu Solid dengan warna Crystal White atau Sapphire Black, dan Premium, iaitu Silver/Diablo Red atau Stealthy Matte Jet Black/Matte Silver Ice.
- Selang servis adalah setiap 16,000km dan setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun tanpa had perbatuan.
- Tempahan kini dibuka dan dilaporkan sudah lebih 50 unit terjual.
BACA >>> Triumph Trident 660 (2021) Sudah Masuk Thailand, Harga RM41k
BACA >>> Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu Lancar, Enjin Sama dengan Naik Taraf ECU, Harga RM32k
Leave a Reply